Gaji CEO di Amerika AS$9.7 juta setahun - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Gaji CEO di Amerika AS$9.7 juta setahun

Pendapatan median Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Amerika Syarikat (AS) semakin meningkat sejak tiga tahun yang lalu.

Gaji median seseorang CEO di AS pada 2012 adalah sebanyak AS$9.7 juta (RM29.5 juta) setahun, meningkat 6.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menurut data firma penyelidikan Equilar yang diperoleh agensi berita Associated Press (AS), kenaikan itu antara lain disebabkan oleh peningkatan dalam pasaran saham.

Median adalah nilai pertengahan dengan separuh CEO dalam kumpulan tersebut menerima bayaran lebih tinggi atau lebih rendah. CEO CBS Corp., Leslie Moonves, memperoleh gaji tahunan tertinggi iaitu sebanyak AS$60.3 juta (RM183.6 juta), diikuti CEO Discovery Communication, David Zaslav di tempat kedua dengan bayaran AS$49.9 juta (RM152 juta).

Pada tahun keempat berturut-turut sejak lima tahun lalu, CEO sektor penjagaan kesihatan menerima gaji median tertinggi sebanyak AS$11.1 juta (RM33.7 juta). Sementara CEO sektor utiliti menerima gaji terendah cuma AS$7.5 juta (RM22.7 juta).

Laporan Equilar turut menyebut bahawa gaji median CEO wanita lebih tinggi daripada CEO lelaki di AS iaitu sebanyak AS$11.2 juta (RM34 juta) berbanding AS$9.6 juta (RM29.1 juta). CEO Syarikat Mondelez International, Irene Rosenfeld memperoleh gaji CEO wanita tertinggi iaitu mencecah AS$22 juta (RM66.8 juta) pada tahun lalu.

4 comments:

Kathy Rbain said...

gaji tinggi tapi cukai pun tinggi juga agaknye kan?hehehe..

husna zahidi said...

gilelah..nak apply jdik CEO kat sana lah..=P

Normi Nieza said...

wow...

hainom OKje said...

Entah bilalah nk jadi CEO hehe