Header Ads

Hard Rock Cafe Melaka

Hard Rock Cafe Melaka

Tempoh hari pada hari Sabtu yang lalu sebelum mengundi untuk PRU13. Rakan-rakan sekolah aku semua telah pulang ke Melaka dan mengajak kami semua berkumpul di Hard Rock Café Melaka.

Biasalah bila berjumpa rakan-rakan sekolah ..macam-macam perangai yang ada sesuai dengan umur yang meningkat..hehehehhee.

Aku baru tahu di Melaka dah ada Hard Rock Café. Nampak sangat aku dah lama tak lepak-lepak!!!
Rupanya ia telah dibuka tahun ini pada 28 January 2013.

Macam biasalah lepak tempat macam tu nak masuk kena bayar dan nak mimum pun kena bayar.
Sesekali keluar duit untuk tenangkan pikiran sebelum mengundi...hehehehe
Tapi semuanya layanan tip top .

Design dalam Hard Rock Café ini memang dari dahuluu lagi aku memang suka sebab ia mengekalkan nilai sentimental muzik untuk pengemar muzik zaman aku..hehehehehe.
Dengan gambar gitar sebagai trademarknya!!

Satu lagi yang aku suka tentang Hard Rock Café ini ialah pilihan Live Band pemuzik-pemuziknya yang versetile.  Yang boleh membawa membawa lagu English dan Melayu dengan baik sekali.
Dari dulu sampai sekarang mereka tidak pernah gagal dalam memilih live band yang berkualiti.

Yang lain sikit ialah tak boleh merokok  dalam kawasan Hard Rock Café Melaka ini. Kalau nak merokok kena duduk kat luar tepi sungai Melaka tu.  Ini satu perubahan yang baik.

Lokasi Hard Rock Café Melaka ini berdekatan di Jonker Street Melaka. Atau nak mudah ia berdekatan dengan air pancut bangunan Merah Melaka.

Mesti kau orang nampak kalau lalu di kawasan bersejarah bangunan Merah Melaka.
Inilah salah satu rekreasi terbaru di Melaka!!

19 comments

Kathy Rbain said...

wah..baru buka ni kan?masa kathy datang tahun lepas belum ada g ni..

wantie said...

wah..ini sudah bagus. lepaj sambil dilayan tip top.

Isabel Diaz said...

Tak pernah g lagi tempat nie (^_^)

boni kacak said...

sempat lagi melepakkan diri bersama kawan-kawan ye bro??hehehe

Fairul Azmi said...

Wah,nak masuk pun kea bayar. Macam masuk themepak pula

Mek Onie said...

serious?celah mana hard rock ni,ritu p jenjalan melaka tak perasan pongggggggggggg :D

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif, sheila tak pernah masuk HC. hahahaha best? whoah. untunglah :)

Normi Nieza said...

reunion..:)

Aziela said...

Saya tak pernah amsuk Hard Rock, tapi teringin juga sebab suka layan live band. Berapa ekkk bayaran masuk? Minum tu rasanya standard harga hotel lah kot kan...

my notes said...

ada lagu MY WAY tak ... klasik sgt lah kan ! ... heheheee

MaMa Rey said...

belum pernah ke sini.
best pula ya tak boleh merokok

MaYa MustWany said...

oo baru bukak..

CikLily Putih said...

bestnya... nak pi la

Mieza Jhaa K said...

Tak pernah jejak kaki lagi ke Melaka.. kesiann..

Hazmin Hamudin said...

Terbaiklah kalau pihak Hard Rock melarang merokok di dalam premis mereka.

Bin Muhammad said...

Wah! Melaka sudah ada MB baru...saya ingatkan Tuan HI le...

Haryati Faizal said...

rindu nak jln2 melaka lagi... ntah bila nak smpi lg kat situ...

MyFreeMinded said...

teringin nak jejalan kat melaka lagi.. hari tu pergi tapi tak puas pun... :)

hainom OKje said...

Tak pernah jejak kat Hard Rock ni...tunggu Hanif Idrus buat live bandlah baru jejak haha