Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda
Hari Kantin 2013 telah bermula pada 30.04.2013 di sekolah anak aku  Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Melaka.

Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda
Aku buat pertama kali baru pergi ke acara Hari Kantin sekolah anak perempuan aku ini. Tanda sokongan pada pihak sekolah yang telah banyak mendidik anak aku menjadi lebih baik..

Satu hari bercuti rasanya tiada nilai berbanding memberi sokongan pada tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Melaka.

Teringat aku dahulu masa kecik-kecik dulu kalau hari Kantin semua pelajar bebas berpakaian cuma sekolah anak aku ini itu sahaja tidak dilakukan. Takut budak-budak ini pakai seksi sangat kot...hehehehehe.

Dulu sekolah aku semua pelajar lelaki sahaja tiada campur-campur lelaki dan perempuan sebab tu boleh bebas berpakaian pada Hari Kantin.

Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda

Suasana Hari Kantin sekolah anak aku memang meriah kalau ikut standard budak-budak ini ler..hehehehe.

Yang penting wajah murid-murid sekolah begitu ceria sekali dan ini tanda acara itu mencapai objektifnya.

Para guru sekolah ini aku lihat begitu aktif sekali dalam menjayakan acara Hari Kantin ini. Memang penat ler aku lihat guru-guru kat sana.
Dah ler suasana panas sangat hari tersebut tapi wajah mereka ceria sekali .

Dari yang menjaga kaunter kupon hinggalah yang berniaga semua dilakukan oleh para guru yang berdedikasi  ini.

Untuk pengetahuan walau pun ayat aku di atas macam ada unsur-unsur memuji melampau..hehehehehe. Tapi ia adalah ikhlas dari aku..hahahaha.

Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda

Selepas majlis dalam pukul 1.40pm, semua murid-murid telah pulang tapi para guru masih lagi berada di sana.

Tugasan lain menanti  mereka iaitu mengemas !!!

Hajat hati nak menolong tapi cuaca panas sangat dan anak aku pula mana hilang . Semua budak dah balik anak aku tak muncul-muncul lagi!!

Tahun depan ada lagi aku pasti akan datang...hahahhaa.
Tahniah buat guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Datuk Haji Baginda, Melaka.




Gambar terakhir baru letak gambar puteri aku yang sedang beraksi depan kenderaan Bomba.

Satu ajer aku minta kalau sekolah ini ada modal, rasanya bangunan tu boleh dicat kot. Lusuh bebenor aku lihat bangunan tu. Gambar pertama tu dah macam gambar retro dah...hehehehehe.