Header Ads

Hobi Memancing Adalah Membosankan

Hobi Memancing
Hehehehehehehe....sesiapa yang minat memancig sure sakit kepala baca tajuk entri ini. Baca dulu entri kat bawah sampai habis dulu. Tapi memang sebenarnya aku tak suka memancing!!!

Memancing ini untuk aku satu aktiviti kusut kepala kerana penantian menunggu ikan makan umpan kita adalah amat menyesakkan.

Kalau memancing tengah malam...kau kena layan kesejukan embun pagi.
Lagi teruk kalau memancing waktu tengahari , pehhh terbakar kulit kau. Kalau tak betul-betul boleh terbakar hati kalau ikan tak dapat!!!...hehehehehe

Aku sering mengutuk member aku yang suka memancing ni. Member aku memang menyampah kalau aku kutuk minat mereka ni. So nak dijadikan cerita malam ini aku nak pergi memancing di laut. Usaha mencari bot tongkang yang besar telah diperolehi, so aku dan lima kawan yang lain petang ini akan pergi memancing!!!

Kami akan bergerak pukul 5.00pm dan balik esok pagi dalam pukul 7.00am. Kalau mengikut pengiraan kalender Islam menurut kawan aku, malam ini memang best memancing sebab arus tak kuat.

Ubat angin , ubat muntah semua aku dah sediakan. Malah rakan aku kata makan awal sikit ubat angin tu dan masa nak bertolak makan lagi, Aku hanya anggukkan kepala sahaja...hahahahhaa,

Aku tahu mesti aku kena kutuk masa pergi memancing nanti. Yalah!! mulut aku selama ini memang laser kutuk mamat-mamat memancing ni, Sebagai contoh memancing ni aktiviti mati otak sebab tak perlu berfikir ler...memancing ini rosakkan paru-paru sebab kau kena kuat merokok ler..dan macam-macam lagi ler....huhuhuhuhu.

Tapi secara serius mereka kata, memancing ini feeling dia datang bila kau dapat ikan. Fuh!!! memang best bro!!!

Sejak minggu ini kami asyik berbincang nak beli umpan udang, sotong dan cabuk. Aku bukan faham, tapi aku dengar ajer ler. Lepas tu dia orang dah siapkan batang joran untuk aku sekali untuk memancing. Dia orang kata Hanif pancing pakai Apollo ajer ler. Ape tu Apollo yek?

Doakan aku rakan-rakan semoga perjalanan pergi balik aku selamat.  Semoga aku dapat ikan yang lebih banyak dari mereka supaya aku boleh kutuk mereka lagi..hahhahahaa.

Semoga pengalaman yang berguna ini akan mengurangkan persepsi buruk aku akan hobi memancing ini. Dan jangan-jangan ia menjadi hobi baru aku pula nanti....heheheehe,

Nanti aku updated aktiviti memancing aku nanti. Maaf sangat-sangat minggu ini aku blogwalking tak sempat.!!
Jom lihat pengkalan Duyung tempat pelabuhan kapal-kapal berlabuh!! Sempat ambil gambar semasa survey!!

Hobi Memancing




Hobi Memancing
Hobi Memancing





11 comments

Kathy Rbain said...

moga hasil tangkapan memberangsangkan......

BUNDA a.k.a KN said...

salam,

Bunda ada TAG anda...sila ke teratak bunda

Fairul Azmi said...

Bila dapat ikan, otak akan mengeluarkan sejenis hormon yang menyebabkan kita ketagih. Sama macam ulat bukula, siapala suka baca buku. Paksa punya paksa dengan mak ayah kita dengan rotan dan hukuman

Akhirnya, otak kita ketagih apabila dapat no 1 dan ganjaran yang datang selepasnya.

Moga2 tuan hanif laklah sampai macam tu ya.

Ahli ibadah dan ulama dulu paksa diri sampai sampai nikmat menuntut ilmu. Ini baru cara yang betul kan Hehe

Izzat Eshak said...

Semoga berjaya! =)
Tak minat sangat memancing.

Hazmin Hamudin said...

Kalau dapat ikan tu baru rasa puas. MEmang banyak mengajar erti sabar memancing ni kan.

Teena Tna said...

Pengkalan Duyung ni kt mana?

BUNDA a.k.a KN said...
This comment has been removed by the author.
aQu Mad said...

semoga bro dapat ikan banyak ! hehe

Normi Nieza said...

memancing kat pasar jer senang..haha

Monyet Rimau said...

kalau tiada teman memang la bosan...

admin blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

hainom OKje said...

Nasiblah my Arjuna tak suka mancing!...Selamatttt