Facebook

Salam Satu Blogger. Hari ini nak berbicara tentang share/kongsi sesebuah pendapat atau artikel di FB walaupun kita tak tahu kebenarannya.

Itulah yang berlaku sekarang di FB, jika sesuatu isu itu sangat panas dan sensasi. Beribu-ribu orang akan share dalam wall mereka dan kemudian di wall mereka akan dishare beratus-ratus lagi rakan-rakannya dan seterusnya.

Apatah lagi jika itu mengaibkan seseorang atau terkini mana-mana ahli politik. Hinggakan aku dah muak nak buka FB sekarang ni melihat betapa ceteknya nilai manusia di laman sesawang ini masing-masing bertelagah dan terlalu taksub dengan pendirian mereka.

Tahukah anda, dengan setiap sharing/kongsi yang anda lakukan itu tanpa disiasat kebenarannya dan ternyata ianya palsu. Anda secara langsung telah terjebak dengan dosa!!! Tak perlu ler aku terangkan secara mendalam hukum orang yang menfitnah seseorang samada secara sedar atau tidak. Aku bukan pakar agama....kikikiki.

Dengan sharing yang tak kena tempatnya. Anda juga akan kehilangan ramai kawan yang tidak bersependapat dengan anda. Misalnya anda share hal-hal politik yang agak ekstrem di FB. Memang sah-sah kena block dengan rakan-rakan yang lain pandangan.

Kalau anda nak ekstrem atau sharing-sharing perkara yang panas buat pages FB. Jangan buat di profil anda....mencik aku!!!..kikikki.

Jom kita share tentang motivasi atau agama dan saling mengingatkan sesama rakan-rakan ke arah kebaikan. Dan tahukah anda berapa besarnya pahala percuma yang anda akan dapat jika melakukan semua ini...hehehehhe.

Jom rakan-rakan kita sharing holiday kita, apa kita makan, apa kita buat hari ini di FB ....hehehehehe.
Terbaru lak aku dengar kalau kita sharing tentang makanan di FB, orang itu sebenarnya sakit mental..hehehehhe ( ada baca tak?)

Cuma sebagai insan manusia saya menjalankan tanggungjawab untuk mengingatkan kepada semua rakan-rakan blogger kita.