Header Ads

Kaki Wayang: Fast And Furious 6

Fast And Furious 6
Salam kaki wayang.. Filem Fast And Furious 6 ini secara peribadi saya beri ranking 4.8/5..!!!
Fast And Furious 6 penuh dengan aksi yang berterusan. Sebuah jalan cerita yang mengekalkan tema kelajuan dan skill memandu yang tinggi.
Dan tidak dilupa erti kasih sayang dan pentingnya keluarga.

Fast And Furious 6
Walau pun cerita ni tentang rompakan tahap tinggi dan penyiasatan. Pengarah Fast And Furious 6 ini tetap mampu menggarap aksi lumba kereta Dom Toretto. Terbaik!!!!

Kisah kali ini ialah Dom telah dijemput oleh Hobbs (F&F5) seorang polis membantunya menangkap penjenayah antarabangsa.

Dom terpaksa tolong apabila mengetahui Letty makwe lamanya yang di anggap telah mati rupanya hidup(F&F4).

Rupanya Letty telah lupa ingatan semasa keretanya meletup. Letty telah bersengkokol dengan penjenayah terbabit dan hampir membunuh Dom.

Dalam usaha Dom dan rakan-rakannya menyelamatkan Letty pelbagai aksi menarik telah berlaku.
Dalam filem ini anda harus tengok F&F3 dan 5 serta Tokyo Drift kerana semuanya berkaitan.

Dan sudah tentu F&F 1 perlu dilihat untuk memahami hubungan adik Dom dengan Brian.!!

Aksi terhebat Fast And Furious 6 ialah perlumbaan dengan kereta kebal!!! Dimana semasa Dom dan rakan-rakannya cuba menghalang cip dicuri dari pangkalan tentera, Dan rancangan jahat si penjahat Shaw untuk membunuh Letty!!
Fast And Furious 6

Aksi kedua terhebat Fast And Furious 6 ialah penggunaan kereta modification melalui adegan kejar mengejar di bandar. Ada ajer idea buat kereta modifiaksi yang hebat.!!!
Dimana Dom dan rakan-rakannya kalah teruk dalam adegan keja mengejar ini!!

Fast And Furious 6

Kali ini penggunaan kereta Fast And Furious 6 yang digunakan ialah kereta muscle yang tidak mempunyai cip. Mula-mula memang mereka memakai kereta elektrik dengan cip tapi disabotaj lalu pakai kereta muscle bunyi kaw-kaw punya!!!!

Fast And Furious 6


Inilah sedikit lebih kurang tentang filem Fast And Furious 6 yang sedang ditayangkan di panggung wayang terkini!!! Kalau sesiapa kaki aksi wajib tengok filem ini.
Filem Fast And Furious 6 adalah kesinambungan filem-filem terdahulu yang terhebat!!

Dan kali ini dalam filem ini, terdapat pasukan Dom yang mati?  Siapakah beliau?
Jika anda pernah melihat Tokyo Drift, semua ketahui Han mati semasa melarikan diri kan, Tetapi sebenarnya ia dibunuh oleh abang penjenayah yang membalas dendam kematian adiknya. Mesti ada sambungan Fast And Furious7 ini...hehehehehe.

Siapakah yang membunuh Han....kenal tak hero Transporter....dialah membunuh Han..
Untuk ketahui apa yang akui cakap ini ..kena tonton Fast And Furious 6.
Tak dilupakan aksi The Rock!!!!!!!!!!

13 comments

ct cheery said...

belum tengok lagi..tapi ,memang ikut citer ni

Sheila Salim said...

assalamualaikum abg hanif. hehehe terbaikk kan. jum sama2 menunggu next....

Asmar Arafad said...

wah hanif beri 4.8 mesti crita nie best dan gempak, nak gi tgk lah cuti nie...

Cik Muda said...

saya suka part yang geng shaw baling cip untuk kawal kereta diorang tu...

marniey zul said...

best sangat ke? belum dpt tgk lagi. huhuhu

Kathy Rbain said...

hebat jugak citer ni...

Bin Muhammad said...

Tinggi rating tu...

hainom OKje said...

Mcm kurang minat je cerita cenggitu

baby comel said...

Future hubby sy layan la F&F ni sbb dia giler kereta. Tp sy suka action muvie tapi tak berapa paham sgt f&f ni. Pandai download je tp xtgk pun yg lepas2 punya

Dhia Dirham said...

Mesti tonton.

husna zahidi said...

xde kesempatan lg nak nonton..hari tuh dah jumpa yg on9 tp rasa mcm x best plak..nk kena tgk kat wayang jgak..=D

muhd zharif said...

siape adik penjenayah yang mati dibunuh tu ???

muhd zharif said...

siape adik kepada abang yg membunuh han itu ??