Iron Man 3
Semalam aku tengok Iron Man 3. OK aku tahu aku lambat tengok..hehehehhe.
Ramai kawan-kawan blogger aku dah tengok...
Rating untuk filem ini aku kasi 4.5/5!!!

Cerita ini memang best dan setiap kali filem terbaru  Iron Man 3 mesti beliau ada membuat perbaharuan terhadap sut dia ini. Kali ini Iron Man 3 tak perlu pergi mesin dia untuk memakai sut, hanya dengan menggerakkan tangan dia, boleh memanggil sut dia datang ke beliau!!!
Iron Man 3

Kali ini musuh ketat beliau adalah Mandarin. Aku mati-mati ingat Mandarin yang jahat tapi rupanya dia hanya sebagai pelakon sahaja.

Orang yang betul-betul jahat ialah di belakang tabir  yang mempunyai kuasa manipulasi otak dengan menjadikan badannya berapi !!!

Filem ini penuh dengan mainan perasaan apabila Iron Man mengalami kemurungan setelah berlawan dengan makhluk asing. Ini kau orang kena tengok filem The Avenger ler...hehehehhe.
Mengalami kesusahan nak tidur dan cemas secara tiba-tiba. Sedih gak tengok Iron Man kita ini kemurungan jiwa.

Mainan perasaan yang lain ialah kasih sayang beliau pada Pepper. Itulah gadis yang paling beliau percayai dan sayangi. Beliau sanggup korbankan nyawanya untuk kekasih hatinya.

Dan kita dapat melihat Iron Man begitu sedih sekali semasa Pepper di seksa oleh mamat jahat itu.!!
Itulah salah satu sebab aku kasi rating 4.5!!!

Mainan emosi bro...mainan emosi memang awesome....hahahhaa

Selain itu untuk melawan Mandarin beliau terpaksa menggunakan berpuluh Iron Man yang dikawal oleh komputer untuk mengalahkan askar Mandarin. Ini pun best gak!!!
Iron Man 3

Dan semasa melawan Mandarin beliau terpaksa korbankan beberapa sutnya. Tetapi akhirnya Pepper juga yang mengalahkan Mandarin dengan kuasa baru yang beliau miliki. Pepper yang mengalahkan Mandarin..Yess!! Kuasa apa itu?

Untuk mengetahui apa jadi pada Pepper.
Untuk mengetahui bagaimana  rumah Iron Man dimusnahkan.
Untuk mengetahui siapakah kanak-kanak yang menolong Iron Man.

Anda semua wajib tengok filem Iron Man 3 ini..hehehehehe.
Aku tak boleh cerita lebih-lebih nanti kang Marvel saman aku..hahahahhahaha.