Novel: I Love U Stupid Dan My Precious Iris

Hari ini nak bercerita tentang novel pula. Semua sedia maklum salah satu skop Hanif Idrus Blog adalah penulisan novel..hehehehhehee.

Kali ini lambat sikit nak komen tentang novel kerana aku terpaksa gabungkan 2 novel serentak iaitu I LoveYou Stupid dan My Precious Iris oleh penulis tersohor Melur Jelita (MJ).

Kenapa aku kena gabungkan kedua-dua novel ini sebab ia adalah sebuah novel percintaan Iris The Diva dan Firman si Abang Pedas.

Kata wife aku novel ini memang awesome sangat dimana watak Iris dan Firman yang diolah dalam novel ini tiada ujud lagi dalam dunia ini. Begitu sempurna percintaan mereka...huhuhuhuuhu

Aku terpaksa kasi sikit ajer sinopsis ini yek sebab ada 2 novel kan. Kalau salah sikit pun kira halal yek.. dah tua..lupa-lupa ingat..

I Love U StupidI Love You Stupid
Dimana dalam kisah ini terdapat beberapa watak utama iaitu Iris, Firman, Farina, Izhar dan Aidan. Dimana pertemuan pertama Iris dan Firman bermula apabila keretanya di tahan oleh Firman pada ketika itu bekerja sebagai polis. (pada ketika menipu itu namanya Ebrahim).

Iris ini suka menggelar dirinya Iris The Diva seorang gadis anak orang kaya yang suka berlagak telah menggoda Firman yang ketika itu telah menahan keretanya atas kesalahan memandu.

Setelah itu perkenalan mereka diteruskan apabila Iris dan rakannya menyertai kursus SUKSES dimana Firman sebagai pelatih mereka. Pelbagai cara telah digunakan oleh Iris untuk mengenakan Firman hingga telah mendakwa Firman cuba membuat ganguan seksual terhadap dirinya.
(Dalam training memang best jalan ceritanya, kasihan aku lihat Firman..hehehehehe)

Tapi disebabkan Firman dalam watak ini seorang lelaki yang karimastik, dia berjaya menyangkal setiap perbuatan Iris.

Setelah itu, Iris nak pergi Kemboja untuk menjalankan misi kemanusiaan. Mula-mula bapa dia tak kasi tapi akhirnya kasi juga dengan syarat bapanya mesti ikut sekali. Nak dijadikan cerita di Kemboja, bodyguard dia ialah Firman..pehhhhh..

Tapi masa yang sama kekasih Iris iaitu Dr. Aidan pun ikut sama ler. Sebenarnya tujuan Iris ke Kemboja ialah untuk menyelamatkan anak kawan dia Farina.. (kalau nak tahu kena baca..kikiki). Bagaimana Farina mengandung adakah disebabkan oleh si Izhar ......

Disinilah bermula putik cinta Firman pada Iris, tidak ia sangka Iris mempunyai hati yang begitu baik, sanggup korbankan diri untuk rakannya. Pada masa yang sama Dr. Aidan iaitu kekasih Iris dah mula cemburu apabila melihat kemesraan Iris dan Firman.

Apa lagi, Aidan nak rogol ler si Iris tapi nasib baik hero kita yang serba boleh ini belasah si Aidan...Teruk Aidan kena belasah dan selepas tu Aidan pulang ke Malaysia.

Iris tetap ingin duduk di Kemboja tapi masalah timbul Iris tiba-tiba mendapat penyakit semacam pukau. Firman desak Iris pulang tapi Iris tak mahu !!! Kerana ia tahu kalau dia pulang sure tak jumpa Firman..huhuhu.

Tapi demi cintanya pada Iris, Firman desak Iris pulang juga...akhirnya Iris pulang jua ke Malaysia. Sampai di Malaysia Aidan cuba pikat semula Iris. Dan disebabkan ada hubungan darah Mak Aidan.

Maka mereka pun nak bernikah tapi Aidan tak datang sebab dia tahu hati Iris masih pada Firman. (sebenarnya panjang..aku malas nak tulis ler...) Selepas peristiwa itu, Iris membawa diri dengan melukis, dan  telah dipamerkan di galeri lukisan.

Dalam banyak-banyak lukisan tersebut ada satu lukisan gambar mata yang di cium (iaitu seolah-olah ianya di cium Firhan...).
Lukisan tersebut Iris tak mahu jual tapi hanya dipamerkan sahaja. Tapi ada juga pembeli yang membeli lukisan tersebut, Iris mencari pembeli tersebut dan pada masa itu ia ketahui bahawa Firman yang membeli lukisan tersebut...
Dan next apa terjadi bacalah My Precious Iris.

My Precious IrisMy Precious Iris
Dalam sambungan ini , si Iris dan Firman dah cintan cintun heavy giler-giler punya. Memang best buku ni sebab penonjolan sifat Firman yang bombastik!! Mesti kau orang nak jantan macam ni punya..hehehehehe.

Buku ini baru launch akhir bulan lalu kat Pesta Buku, bini aku beli kat sana lerr.... Aku pasti ramai belum membacanya kan...hehehehehhe.
Aku tak boleh cerita detailed sangat, sebab novel ini baru keluar. Melur Jelita mengamuk kat aku kalau aku cerita detailed, Sedia maklum yekk..

Kali ini percintaan mereka telah membawa mereka ke jinjang pelamin walaupun terdapat syarat-syarat yang sungguh melucukan hati pembaca. Watak Aidan masih ujud lagi dalam cerita ini di mana mereka masih berkawan tapi Aidan masih menaruh perasaan cinta pada Iris...gila ler Aidan ini..hehehhehehe.

Dan meneruskan percintaan mereka, si Iris pun mengandung setelah berkahwin. Semasa Iris mengandung 4 bulan, bermulalah watak lama Izhar iaitu suami kawan baiknya Farina. Ingat tak?

Izhar ini sebenarnya semasa mereka belajar dahulu berminat dengan Iris tapi niat jahat ler. Tapi tak dapat dia dapat si Farina pula..hemmmm.

Bagi Izhar, sebenarnya Iris amat sesuai dengan dirinya iaitu Diva dan Diva...hehehehe. Maksudnya hensem dan cantik ler...

Izhar sebenarnya amat marah dengan Iris kerana kes Iris melarikan Farina dari beliau. Izhar telah merancang untuk pecah masuk ke rumah Iris. Semasa Izhar pecah masuk ke rumah Iris, beliau telah memukul kepala Iris hingga menyebabkan mata Iris menjadi buta.

Doktor kata mata Iris buta adakah sementara sahaja. Tapi emosi Iris mula terganggu, ia mula menganggap Firman menjaganya hanya kerana kasihan kepadanya.

Tapi beliau tidak sedar Firman amat menyintainya hinggakan Firman berkata jika Iris tiada ,bermakna Firman juga tiada. Ahh!! dalamnya cinta mereka. Time ayat macam ini ler..bini aku mula menangis sorang-sorang.....hehehehehe

Setelah kandungan Iris hampir 9 bulan masih juga tidak pulih. Berbalik semula pada watak Izhar yang mula merancang untuk menganiaya Iris.

Izhar berjaya membunuh pengawal keselamatan di rumah Iris. Semasa beliau berada di rumah Iris menyamar sebagai Firman tapi Iris tahu itu bukan Firman. Tapi Iris berlakon sahaja demi keselamatannya.
Apakah terjadi pada Iris?
Adakah Firman selamat setelah ditembak oleh Izhar?
Adakah cerita ini berakhir dengan kesedihan atau bahagia selamanya?
Itu semua anda kena baca ler...

Melur Jelita kena bayar komisen kat aku ini promote novel dia ini...hehehehhehee.
Tapi novel yang berkualiti dari penulis yang berkualiti tak perlu cari orang untuk promote.

Tahniah buat Melur Jelita kerana anda aku terpaksa mendengar jalan cerita I Love You Stupid dan My Precious Iris dari bini sampai aku naik hafal watak-watak novel ini dan buat aku cemburu pada Firman!!!

Tags:

Share:

36 comments