Minggu ini semua blogger akan sibuk dengan keputusan PRU13 yang baru selesai pukul 5pm tadi. PRU13 kali ini adalah yang paling panas dalam sejarah Malaysia kerana kekuatan Pakatan Rakyat yang hampir mengoncang kekuatan BN.

Keputusan Pilihanaraya Umum Ke 13 kali ini sememangnya satu debaran yang hebat untuk rakyat Malaysia.

Mari kita lihat keputusan PRU13 di Melaka untuk kawasan Parlimen:

P. 134 – MASJID TANAH     
1. MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN (BN)-27,688     
2. MOHD NASAIE BIN ISMAIL (PAS)-11,488
Majorti Undi: 16,208      

P. 135 – ALOR GAJAH     
1. DAMIAN YEO SHEN LI (DAP)-20,997     
2. KOH NAI KWONG (BN)-32,594         
Majorti Undi: 11,597

P. 136 – TANGGA BATU     
1. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (BN) -39,468        
2. RAHIM BIN ALI (PKR)-23,835
Majorti Undi: 15,633

P. 137 – BUKIT KATIL     
1. SHAMSUL ISKANDAR @ YUSRE BIN MOHD AKIN (PKR)-46,167         
2. HAJI MOHD ALI BIN HAJI MOHD RUSTAM (BN)-40,720 
Majorti Undi: 5447

P. 138 – KOTA MELAKA     
1. YEE KOK WAH (BN)-28,775
2. SIM TONG HIM (DAP)-49,521         
Majorti Undi: 20,746

P. 139 – JASIN     
1. RAHMAT BIN YUSOF (PKR)-21,973         
2. AHMAD BIN HAMZAH (BN) -33,736
Majorti Undi: 11,763

Keputusan yang mengejutkan dimana "UMNO Giant" Dato Ali Rustam kalah pada pemilihan Parlimen semalam.

Walau bagaimana pun keputusan Parlimen keseluruhan ialah BN sudah memenangi majoriti mudah dengan 133 kerusi Parlimen setakat ini, membolehkan mereka membentuk kerajaan persekutuan.
Pakatan Rakyat pula ketika ini memperoleh 83 kerusi.

Tetapi kekuatan DAP terus meningkat dengan 35 Kerusi Parlimen.
Wahai Melayu teruslah bertelagah.