Hari ini selesai sudah aku menjalankan tanggungjawab aku sebagai pengundi.

Pukul 8.30am aku dah start beratur. Ingatkan tak ramai kalau pergi awal-awal tapi hisss..ramainya.

Tapi setakat ini kawasan Kota Melaka berjalan dengan lancar sambil dibantu kakitangan SPR dan PDRM.

Penggunaan dakwat juga amat senang sekali prosedurnya.

Tapi dengan tegas saya ingin ingatkan sila baca amaran kepada sesiapa yang jarinya telah ditanda dakwat iaitu:

AMARAN: PERHATIAN KEPADA PENGUNDI, pastikan mengundi dengan betul dan selepas mengundi pastikan tidak memasukkan jari ke lubang hidung dengan jari yang berdakwat, nescaya dakwat itu akan kekal dilubang hidung anda selama 7hari. Harap maklum. Sekian.

SELAMAT MENGUNDI!!!!!