PRU13:Tatacara Mencalitkan Dakwat Kekal


Dakwat Kekal PRU13
 
 
Tak lama nak mengundi dan kali ini PRU13 setiap pengundi wajib dicalitkan dakwat sebagai tanda anda dah megundi dan dakwat ini kekal selama 7 hari!!!
Ini bertujuan untuk mengelakkan penipuan pengundi hantu yang mempunyai berpuluh-puluh kad pengenalan palsu dari menjalankan kegiatan haram mereka.
 
Mari kita membaca Tatacara Mencalitkan Dakwat Kekal Pada PRU13 ini.

 5.1 Peraturan 19A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 menetapkan bahawa seseorang pengundi yang datang ke Tempat Mengundi dan yang meminta dikeluarkan kertas undi, adalah diwajibkan jari telunjuk kirinya dicalitkan dengan dakwat kekal sebelum kertas undi dikeluarkan kepada pengundi berkenaan;

5.2 Tatacara mencalit dakwat kekal pada jari telunjuk kiri pengundi adalah dengan mencalitkan dakwat kekal itu dengan menggunakan berus yang disediakan bermula daripada ruas pertama jari telunjuk kiri hingga ke hujung jari atau mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri atau jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri atau mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan atau hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari.

5.3 Undang-undang tidak mewajibkan penggunaan dakwat kekal kepada Pengundi Tidak Hadir yang diberi kelulusan untuk mengundi secara pos.

Kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada pengundi yang datang untuk mengundi di Tempat Mengundi jika timbul keadaan seperti yang berikut:
5.5.1 Pengundi itu enggan menunjukkan jari telunjuk kirinya untuk Kerani Pengundian memastikan sama ada dakwat kekal telah ditandakan pada jari telunjuk kirinya;

5.5.2 Pengundi itu enggan membenarkan jari telunjuk kirinya ditandakan dengan dakwat kekal;

5.5.3 Pada jari telunjuk kiri pengundi itu telah ada tanda calitan dengan dakwat kekal walaupun tidak terdapat tanda garisan yang telah dibuat di antara Nombor Siri dengan No. Kad Pengenalannya dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi berkenaan; atau

5.5.4 Pada jari telunjuk kiri itu tidak terdapat tanda calitan dengan dakwat kekal tetapi telah ada tanda garisan di antara No. Bilangan dengan No. Kad Pengenalan pengundi berkenaan dalam Daftar Pemilih di Tempat Mengundi itu yang menunjukkan bahawa kertas undi telah dikeluarkan kepadanya

17 comments

tak sabar nak mengundi rasanya....... nak drive balik taiping tu......

nice
sedikit sebanyak blh kukuhkan kepercayaan masyarakat pd sistem spr
klo x sure ramai yg heboh pasal pengundi berhantu
sistem spr semaikn baik..ho yeah

hoo.. calit atas kuku yea.. bukan jari yea.. teman nk share entri ni jugak bole? nti teman kredit kan kesini bole?

hoo.. calit atas kuku yea.. bukan jari yea.. teman nk share entri ni jugak bole? nti teman kredit kan kesini bole?

Memang kena tepek kt tgn la nnt eh? Hehe

yg penting dakwat tu telys air.

kenapa lah perlu calit kan?? -,-"

Kena goncang botol dakwat tu.

Habis heboh dakwat kekal tapi tanggal.

tak sabar nak dapat calitan tu bro!

hai.. kredit ke sini..
http://tengkubutang.blogspot.com/2013/05/tatacara-mencalitkan-dakwat-kekal-pru13.html#comment-form

ha ha..siapa tak mengundi tak blh tipu..haha

harap-harap yang ni benar-benar kekal..7 days not 7 minutes..ya

Pilihan raya... moga yang terilih benar-benar dapat membela kepentingan rakyat

Esok le gamaknya kita berinai ngan dakwat kekal hehe