Remaja Mempunyai 40 Nama - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Remaja Mempunyai 40 Nama

hanif
Mak aiii...Panjangnya nama. Macam mana kalau nak nikah nanti yek ...ehehhehehe
Terkial-kial juru nikah nak menyebut namanya itu....hahahahha.

Seorang bakal pelajar senior sekolah tinggi, Ratziel minggu ini akan mendaftar di Sekolah Tinggi Nasional Bandaraya Urdaneta di Pangasinan dan dia perlu menulis nama penuhnya yang mengandungi 40 nama, selain nama keluarganya.

Kelihatannya memang hebat kerana Ratziel, 15, dilahirkan sebagai:

Ratziel Timshel Ismail Zerubbabel Zabud Zimry Pike Blavatsky Philo Judaeus Polidorus Isurenus Morya Nylghara Rakoczy Kuthumi Krishnamurti Ashram Jerram Akasha Aum Ultimus Rufinorum Jancsi Janko Diamond Hu Ziv Zane Zeke Wakeman Wye Muo Teletai Chohkmah Nesethrah Mercavah Nigel Seven Morningstar A San Juan CCCII.

Abangnya, Ramuel, 21, turut mendaftar di Universiti Filipina (UP) Baguio sebagai pelajar tahun dua. Dia juga menarik perhatian kerana mempunyai 20 nama.

Ramuel yang juga pelajar Biologi mempunyai nama penuh sebagai

Ramuel Spirituel Mattathiah Obadiah Darius Desiderius Abner Macaire Nowell Asa Izzy Zoon Politikon Trigg Gruffydd Keen Kemp Knowles Bonifacio Makabayan A San Juan.

Kakak dua beradik itu, Ramille Lewisse, 25, yang mempunyai firma perunding rekabentuk laman web di Metro Manila, juga tidak ketinggalan. Dia berjaya membina karier tetapi hanya beberapa orang saja yang mengetahui dia mempunyai 20 nama iaitu:

Ramille Lewisse Marion To Kalon Zoe Vera Natalia Nadezna Zora Hosea Pro Patria Berenice Clotilda Currente Calamo Naomi Nahum Mehetabel A San Juan.

Huruf A yang terdapat pada nama tiga beradik itu mewakili nama keluarga ibu mereka - Agustin. Latihan mental yang diperlukan bagi membantu setiap beradik itu mengingat nama mereka dalam susunan yang betul dan dieja dengan betul dilakukan oleh ibu mereka.

11 comments:

Len Inouie said...

Nama daripada hampir semua bangsa dan agama yang terkemuka.

Senang dia nak migrate.
Hohoh

itu Akhil said...

pehh pnjngnya..abis mana satu nk pggil ni haha

S.K.A said...

ha3..unik2..terbaeklah..ade jgak mcm ni

Blog 3 Dalam 1 said...

wow panjang juga nama dia? huhu banyak benda pelik berlaku di dunia ni....

Kisah Benar Edisi Seram - Terjumpa Cik Langsuyor Di Masjid Ubudiah
http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/05/kisah-benar-edisi-seram-terjumpa-cik.html

Isabel Diaz said...

Banyaknya..

inche hlovate said...

serius sy tak baca nama mereka.. panjang sangt hihi..mne satu nak pnggil tu? rambang mata hihi

Izzat Eshak said...

Nak hafal nama dia sorang pun penat ni.. Kesian kawan2 dia

Nies alhaQ said...

Subhanallah, unik. Tapi mesti bijak mengingat!

Normi Nieza said...

panjangnya..huhu

wantie said...

kalau orang islam yang ada nama mcm tu. jenuh la nak hafal bila time nak baca talqin. Umak ai.. panjang bebenor

hainom OKje said...

Best jugak kalau ada nama panjang nikan