Sakit Jantung Akibat Terlebih Kerja - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Sakit Jantung Akibat Terlebih Kerja

Sakit jantung
Seorang pemuda meninggal dunia akibat serangan jantung di pejabatnya, dipercayai akibat menanggung kerja berlebihan.

Menurut media tempatan, Li Yuan menghabiskan masa bekerja sehingga jam 11 malam di pejabat Ogilvy & Mather cawangan China di Beijing.

Rutin berkenaan berlanjutan sejak lebih sebulan lalu. Kira-kira jam 5 petang kelmarin, saksi berkata, Li, 24, tiba-tiba berdiri dan meraung kesakitan sebelum jaun ke lantai.

Menurut saksi, Li dikejarkan ke Kolej Perubatan Peking Union tetapi doktor di situ mengesahkan dia meninggal dunia akibat serangan jantung. Majikan Li mengesahkan kematian itu melalui pos Twitter semalam.

Menurut laman Twitter itu, Li digambarkan sebagai seorang pekerja yang disenangi semua dan banyak menyumbang untuk syarikat. Sementara itu, data menunjukkan, China kini mencatat kematian berkaitan kerja lebih tinggi mengatasi Jepun.

Hampir 60,000 pekerja di China mati akibat “kepenatan” disebabkan tekanan kerja setiap tahun. Kebanyakan kematian berkenaan disebabkan serangan jantung dan strok berkaitan tekanan kerja. -

12 comments:

Farah Waheda Wahid said...

terlalu workaholic pun bahaya jugak...hu hu hu...sama2lah kita menjaga kesihatan...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum.. abg hanif, kesiannya dia. ajal dah sampai waktu...

Mia Liana said...

bahaya juga kalau banyak sangat kerja ni..

inche hlovate said...

kesimpulannya keje jgn lebih2 sgt la ye hihi

Rapunzeel Cikilolo said...

stress sangat tu...

aku tak pernah pulak keje 9pg - 11 mlm hari2 dah 3 tahun dah...

cool je

:)

aQu Mad said...

negara maju, rakyat pun cepat goal.. hehe

Fairul Azmi said...

Nak kejar apa sebenarnya ni. Negara mundur salah, negara maju pun gini jadinya.

Biasa bila maju, adab susila pun lebur juga

baby comel said...

Skg org muda pun byk mati.. Aduhh

Mieza Jhaa K said...

Haa betol2..ramai datuk2 kaya sakit jantung..

wantie said...

sama la mcm my ex bos. workaholic jugak . tak faham la.. org yg workaholic apa yg dorang gain. kepuasan ke?

hainom OKje said...

Hish.... tak pening ke asyik tengok meja keje je!

nur amni said...

agak berbaloi sakit jantung utk majukan bisnes kita . sgt tak berbaloi bila skt jantung disebabkan nak kayakan majikan kita..yg kaya majikan, yg sakit, kita..