Selamat Hari Guru 2013
"GURU MALAYSIA: 1ASPERASI, 1AGENDA"
Itulah tema tahun 2013 untuk Hari Guru yang disambut pada hari ini 16.05.2013.
Tanpa mereka siapalah aku sekarang...

Mereka semua umpama lilin yang membakar diri mereka untuk masa depan kita.
Terima kasih aku ucapkan kepada semua mereka yang pernah menjadi guru aku.... 


Bila hari Guru menjelma teringat  zaman sekolah dulu, Aku dulu Sekolah di Sekolah Tinggi Melaka dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam.

Memikirkan waktu aku remaja dulu mesti pening guru-guru aku melayan karenah nakal kawan-kawan aku. Aku dulu masa belajar budak baik..heheheh. Yang nakal kawan-kawan aku.............

Gambar ini diambil semasa aku Tingkatan Enam dahulu. Macam biasa ler penuh pompuan dari lelaki..Lelaki ni malas. 

Kalau tingkatan enam dan universiti penuh dengan pompuan ajer. Lelaki ini dah macam barangan antik..hehehehehe. Maksudnya menjadi rebutan...hahahhahahaha

Tiap-tiap tahun mesti ambil gambar kelas, kau tengok tu budak-budak lelaki yang bergambar tu. Tak der disiplin. Cuma aku ajer yang kemas kedudukan atau erti kata lain formal...hhihihihihihi.

Aku dapat bayangkan mesti pening cikgu aku kan..Nak bergambar pun tak ada disiplin apatah lagi masa mengajar....

Aku sayang semua cikgu!! Maafkan aku Cikgu jika kami dahulu selalu buat cikgu darah tinggi. Bila dah tua ini baru tahu susah jadi cikgu...
Cikgu sekarang bertuah ...gaji cikgu setiap tahun naik ajer..kikikiki.