Header Ads

Teknik Keyword Bermusim

Salam satu blogger. Hari ini hendak bercerita tentang keyword bermusim dalam entri.

Rasanya dah balik kali aku bercerita tentang keyword bermusim. Melalui entri ini, aku galakkan rakan blogger amalkan teknik ni kerana ia memberi impak yang tinggi sekali.

Konpem..Sure punya...

Salah satu faktor kejayaan blogging yang asas adalah keyword. Salah satu ialah keyword bermusim bermakna isu-isu semasa popular amnya di Malaysia.

Hanif Idrus survive traffic tahun ni kebanyakkannya melalui keyword popular. Entri paling popular tahun ini ialah Adam Dan Hawa dengan jumlah trafik 32,000 view.

Entri share Sultan Sulu pula 12,000 view.

Manakala yang terbaru Kilauan Emas 3 dengan total 3 entri masing-masing memberi trafik 2000++ dan terus meningkat hingga kini.

Lihat sebelah side bar aku... Popular post bulan ni semuanya entri Kilauan Emas.

Keyword bermusim ini kebaikkannya secara terus ia memberi trafik kpd blog. Dan juga berpotensi mendapatkan pembaca blog yang baru.

Tapi bermain dengan keyword bermusim ini seperti bertaruh...kalau meletop...kaya dengan trafik.
Kalau tak...sengih ler sorang-sorang..kikikkki.

Tapi kita berblogging bukan bergantung entri keyword bermusim sahaja tetapi dari entri lain kan?

Pada pendapat saya seorang blogger mesti sentiasa ambil kesempatan isu-isu semasa atau drama popular sebagai salah satu skop entri anda.

Dan kini saya mencuba nasib memilih keyword bermusim The Apprentice Asia.

Buat masa sekarang trafik memang rendah..tapi kebiasaannya jika kita buat entri yang punyai episod  selepas 3 minggu ia pasti meningkat.

Apakah  drama TV atau rancangan realiti atau isu semasa yang anda minat sekarang.

Sambil menonton dan terus membuat entri setiap episod adalah lebih baik kan.

18 comments

Pokok Manggis Depan Rumah said...

terima kasih perkongsian ini. boleh cuba..

Raudzah Zahari said...

Tak pernah buat..mungkin boleh cuba after this..tq hanif

Kathy Rbain said...

betul jugak tu..tapi kathy tak pandai bermain dengan keyword ni...

Mieza Jhaa K said...

Lama dah tak ikuti isu semasa dan buat entry pasal tu.. lembu kenyang betol..hehe

baby comel said...

Yeah. Adik belajar dr abang hanif la. Last month entri bermusim tentang PRU 13. This month drama tv slot akasia. Bulan baru ni nk cerita pasai pa pulak dah. Hehehe..
Abg hanif, tp blog babycomel ni pun bermusim jgk. Kejap ada kejap lagi menyorok bawah selimut sat gi kang menangis bagai.. Tp nk terus belajar jgk dg abg hanif ni. Master sifu ku

Isabel Diaz said...

Banyaknya pageview abg.. sya, kalau masuk beratus-ratus dah kira bangga.. Huhu..

Anisa Anuar said...

tak pernah try...sbb dah ramai ceritakan...mcm citer same thing je

Bin Muhammad said...

Salam tuan HI,
Lama dah ternanti2 entri tips blogging dr tuan. Bagus dgn entri keyword bermusim ni untuk mendapatkan trafik yang tinggi. Cuma satu...kalau boleh elakkan dari sekadar entri copy and paste. Yakinlah dgn idea dan karangan sendiri...ianya lebih dihargai.

Hanih Borhan said...

"Tapi bermain dengan keyword bermusim ini seperti bertaruh...kalau meletop...kaya dengan trafik.
Kalau tak...sengih ler sorang-sorang..kikikkki."

Suka part sengih sorg2 tu hahahahaha... Tapi memang itulah realitinya...hahaha...

Btw, saya suka main keyword b'musim kalau ada drama2 meletup kat TV, memang naik trafik...

Satu lagi trafik naik waktu sebelum Proton Inspira keluar dulu... Ada buat entry pasal tu memang naik gila2 trafik...

Shaiful Zaidi said...

salam Hanif...TQ. keyword saya ikut 'dan'...

Papa Mifz said...

tak pernah lagi mencuba keyword bermusim nih,mungkin suatu hari nanti...:)

my notes said...

yup ... pembaca akan klik keywords yg menarik perhatian mrk ...

kopi pasta said...

kat blog tak boleh apply sgt keyword bermusim ni sbb tak kne dgn tema blog. klau blog stail jenis mcm cth blog ni, bolehla. traffik mencanak naik

weschairs said...

Lain padang lain belalang

MaMa Rey said...

blm pernah pula try cara ni.

Neu said...

keywords bermusim ni kalau kena dengan keywords mmg mencanak trafik.

husna zahidi said...

tengah slow-slow kayuh main dgn keyword..=)

wantie said...

setuju.. tapi kekadang pening jugak nak pilih keyword yg sesuai bila nak wat entry