The Apprentice Asia - Tony Fernandes

The Apprentice Asia

Sebuah rancangan realiti The Apprentice Asia semalam ( 22.05.2013) telah ditayangkan semalam di Astro AXN. Aku memang menanti rancangan ini sebab rancangan untuk aku membantu melihat sikap manusia dalam menangani stress.
Rancangan realiti ini akan berlangsung selama 11 minggu !!

Kali ini The Boss ialah Tony Fernandes, hero Air Asia sambil dibantu oleh dua pembantunya iaitu Kathleen Tan,  Chief Executive Officer of Expedia Asia dan Mark Lancester, CEO Tune Hotel.


The Apprentice AsiaDalam Minggu Pertama ini task mereka ialah menjual ikan di pasar basah dengan mendapatkan seberapa banyak untung yang boleh!!!

Mereka terbahagi 2 kumpulan iaitu Team Perempuan "The Apex" dan Team Lelaki " The Maverick".



Dalam pertarungan kali ini Team Maverick kalah dengan Team Apex. Walaupun kedua-dua kumpulan tersebut rugi tapi Team Maverick mengalami kerugian yang terbanyak.

Kasihan aku melihat Hendry peserta dari Indonesia yang dilantik sebagai Pengurus Projek telah dipecat oleh Tony Fernandes. Beliau merupakan peserta pertama yang dipecat dalam rancangan The Apprentice Asia.

Apa yang dapat aku pelajari The Apprentice Asia minggu pertama ini ialah bukan senang menjadi pemimpin dikalangan pemimpin. Hendy mengalami masalh dalam menguruskan ahli-ahlinya yang cuba menonjol dalam pertandingan ini hingga beliau menjadi kelam kabut.
The Apprentice Asia

Kedua apa yang aku lihat, sebelum kita memulakan perniagaan kita mesti mempunyai pengetahuan dalam perniagaan tersebut.

Apa yang berlaku mereka tidak mengenali jenis ikan yang dijual dan mereka menjual dengan harga yang rendah dan merugikan!! Kedua-dua kumpulan menghadapi masalah yang sama!!

Ketiga ialah labelling dan harga mesti diletakkan disetiap produk yang banyak supaya kita tidak salah tag harga hingga merugikan. Ini yang berlaku pada Team Maverick yang menjual ikan sebelum tag harga diletakkan dan menjual ikan dalam keadaan rugi.

Akhir sekali, aku tak respek dengan Hendy kerana mengakui kekalahan kumpulannya adalah kerana kelemahan beliau. Sebenarnya dalam sesuatu kumpulan, mesti mempunyai ketua dan seorang yang  dilantik harus dihormati keputusannya. Itu basic!!

Tapi dalam kumpulan Team Maverick, ada yang nak tunjuk pandai seperti Hanzo yang menjual ikan sebelum tag harga diletakkan hingga merugikan mereka.  Maka Samuel pula langsung kaku dalam mempromosikan jualan ikan mereka!!

Untuk aku Hendy tak bersalah tapi pendiriannya aku respek!! Sebab itu masa penyingkiran dia memilih Nazril dan Alexis tunggak kumpulan agar beliau sendiri dipecat.

Itulah cerita minggu pertama The Apprentice Asia.
Si lelaki kalah dengan perempuan..huhuhuhuhu...Sedihnya!!!
The Apprentice Asia



Share:

15 comments