Header Ads

Trafik Blog Bergantung Pada Usia Blog

Trafik
Salam Satu Blogger. Kita ketemu lagi di hari ini. Saya doakan semua rakan-rakan blogger sihat dan ceria selalu.
Pada hari ini saya ingin membincangkan isu semasa sebagai blogger iaitu trafik!!!

Bila kita berbicara tentang trafik, semua pihak termasuk saya telah memberikan pelbagai teknik bagaimana untuk mencapai trafik.

Samada trafik yang dijana melalui entri yang berkualiti atau trafik spam. Malahan baru-baru ini saya ada membuat istilah trafik halal dan haram..hehehehe.

Kelmarin ada berbual kosong dengan rakan blogger tentang trafik blog. Bagaimana untuk menjana trafik ke blog supaya lebih mampan.



Dan salah satu perbincangan yang dapat kami usulkan ialah trafik pasti akan menjelma sinonim dengan usia blog anda.

Tak perlu buat  apa-apa untuk menjana trafik.
Buat perkara asas as blogger iaitu membuat entri setiap hari dengan menggunakan keyword yang baik.
Dan juga pastikan entri yang kita buat juga mempunyai entri bermusim ( keyword bermusim) selain entri peribadi kita.
Dan juga blogwalking buat seperti biasa juga.

Dan lama-kelamaan blog anda pasti mempunyai trafik yang tinggi seiring dengan usia blog anda.

Kenapa Usia Blog Memainkan Peranan Dalam Menjana Trafik?
Logiknya ialah as a blogger jika kita setiap hari membuat satu  entri. Dalam setahun kita akan mempunyai 365 entri setahun.
Jika 2 tahun kita akan mempunyai 730 entri !!!1

Dengan setiap entri menggunakan tajuk  keyword yang baik, lama kelamaan blog anda akan menjana trafik daripada enjin pencari.

Kerana lagi banyak entri yang anda buat maka pencarian sesuatu tajuk melalui pencarian Google atau enjin pencari yang  lain  sudah pasti akan "terkena" pada entri anda.
Ini semua adalah kerana pilihan yang luas dengan pertambahan entri anda.

Kadangkala anda tidak menjangka entri lama anda secara tiba-tiba trafik meningkat naik kerana pada masa itu topik yang anda buat menjadi pilihan pada masa kini.

Buktinya boleh saya tunjukkan pada blog saya sendiri  dimana kebanyakan trafik yang datang dari enjin pencari dari entri terdahulu .
Sebagai contoh carian untuk "Buah Bendi Untuk Rawatan Kencing Manis" yang dibuat tahun lepas menjadi pilihan pada bulan ini dan bulan lepas.

Manakala Entri "Isteri Dato Lee Chong Wei  Hamil" yang dibuat tahun lepas tiba-tiba meningkat selepas isterinya bersalin baru-baru ini.

Setelah 2 tahun setengah berblogging akhirnya saya trafik yang saya perolehi melalui carian Google serta kunjungan rakan-rakan antara 1000-1500 pageview sehari.
Ada yang lebih baik dari saya...hehehehehe.

Itu jika entri tersebut adalah biasa-biasa sahaja, tetapi seperti 2 bulan lepas, trafik saya mencanak naik melalui entri " Sejarah Sultan Sulu". Memang rezeki trafik pada masa itu.
Manakala entri peribadi iaitu "Tiruan Samsung Note 2" pula mencapai popular post pada bulan ini.

Kesimpulannya
Sebagai blogger acapkali kita dimomokkan buat entri setiap hari!! Kalau tak mampu, copy paste maklumat samada dari berita online yang ada. Untuk menceduk berita-berita online ini pastikan ia akan memberi peluang carian yang akan datang.

Inilah sebabnya setiap hari anda perlu buat entri, mungkin bukan hari ini ia berguna tapi ia akan berguna pada masa akan datang.

Tapi kalau anda updated blog anda 3 minggu sekali. Pertama sudah tentu rakan-rakan blog pun tak akan datang ke blog anda dan nak harapkan carian enjin pun tak mungkin kerana pilihan entri anda terlalu sedikit!!!
Sekarang anda faham salah satu sebab perlu buat entri setiap hari..selain menurunkan Alexa ia juga menjana trafik untuk jangka panjang.

Pastikan tajuk entri anda mengguna keyword yang pendek dan tepat. Penggunaan keyword yang baik memberi peluang untuk  spider senang crawl ke blog.
Penggunaan tulisan hitam dan besar haruslah sama dengan keyword yang ditulis.

Selain itu rajin-rajinlah membuat entri berdasarkan keyword  bermusim. Sebagai contoh keyword terpanas bulan ini PRU13.
Saya pernah menyarankan rakan blogger, sekurang-kurangnya membuat satu entri tentang tajuk PRU13 ini kerana ia pasti akan memberi impak pada kita satu hari nanti.

Dan akhirnya sekali bersabar!!! Pada kebiasaannya 90% blogger akan mengecapi trafik yang baik setelah 2 tahun berblogging sejajar dengan teknik yang saya kemukakan di atas.
Sekali lagi  saya ulang iaitu buat entri setiap hari dan guna keyword yang baik!!
Untuk bersabar selama 2 tahun adalah satu cabaran yang tinggi tapi berbaloi untuk pada masa akan datang!!!

Yang lagi 10% tu adalah blogger yang amalkana petua diatas serta rajin join dengan group2 blogger serta mempunyai kemahiran SEO yang tinggi serta pernah mempunyai pengalaman membuat blog sebelum ini.

Anda sudah berapa lama berblogging? Adakah trafik anda meningkat sejajar dengan usia blog anda?
Tanya diri anda sendiri...

17 comments

Hasri Anis said...

kesabaran tu yg paling penting ^__^
kena terapkan dalam diri..

Lelaki Ini said...

hmm.. tue lah.. asyk risau n pening nape la tak ramai org dtg blog.. nasib baek ada tektik kat atas.. mmg nak try nanti.

Izzat Eshak said...

Bersetuju jika blogger tersebut konsisten untuk menulis setiap hari.

Jika tidak konsisten, sebulan sekali, atau lebih jarang mungkin tidak memberi sebarang impak yang besar.

Yumida Huda said...

wah..nice
memang..keyword bermusim tu bikin kasi up trafik
klo bukan impaknya arini..myb coming soon
dlm proses jgk blaja bende2 gini...terbelit paham..hikhik

mama3heroo said...

wah..panjang lebar peneranganya..apepun m3h setuju dgn pendapat hanif tu..tq share ye..

BaNu Syah said...

setujuuuu..ada 1318 post di blog saya hehe asal rajin dan sabar semuanya boleh jadi..

baby comel said...

Sy baru nk masuk thn kedua. Alhamdulillah, walaupun masih jauh terkebelakang tp rasanya kalau btl2 buat dgn elok masih dilandasan yg terbaik. Tntg keyword bermusim, insyaallah nk cuba mai dgnnya. Nk main seo, yg tu takut jugak. Lagi satu pe yg abg hanif ckp tentqng entri terdahulu tu mmg betul sgt la...
Pape pun, terbaik dr abg hanif. Suka dgn entri ni. Byk ilmu :)

Fairul Azmi said...

Jadi tuan, adakah kualiti posting kurang penting berbanding kuantiti/kekerapan posting?

Google lebih cenderung kepada entri yang fresh dan menepati selera pembaca bukan?

Remy hazza said...

remy setuju.....
mcm entry hari pekerja...... traffic remy mendadak naik...dan entry last year kembali popular......

Aminin said...

Salam bro, aku setuju apa yang ko tulis tu. Usia blog memainkan peranan penting tapi tanpa SEO n keyword yang betul tak jamin juga dapat trafik yang tinggi. Aku juga masih baru dalam dunia blogger banyak juga perlu belajar blogger otai macam bro hehehe

Cara Buat Blog Lebih Mesra SEO

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif. nice entri. bagus2. suka baca tips2 macam ni. hehe noted :)

inche hlovate said...

malu nak jawab soalan last tu..jawab dalm hati jela hihi..sekrg baru tahu knpe perlu update hari2 :)

Kathy Rbain said...

jom baca entri terbaru kathy
http://resipidarihati.blogspot.com/2013/05/5-blogger-terbaik-pilihan-kathy-januari.html

Cik Fie said...

betul tu . seuju 100% :)

hainom OKje said...

Caya Lu lah....Nep!

Syida Rasyidah said...

sabar tu paling penting, kan?

Noridah said...

baru aktif berblog 3 bulan, tu pun bukan hari-hari update. kena usaha jika masih berkeupayaan.