Bayi lahir dalam ketuban - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Bayi lahir dalam ketuban

bayi
Seorang doktor menceritakan pengalaman beliau menyambut bayi yang dilahirkan dengan ketubannya masih belum pecah.

Pakar obstetrik Dr Aris Tsigris menyiarkan gambar bayi yang baru lahir itu dalam laman Facebooknya selepas menyambut kelahirannya menerusi pembedahan caesarean di Amarousion, utara Athens.

Kerana ketuban itu tidak pecah, Tsigris berkata, bayi itu tidak menyedari ia dilahirkan dan bersikap seperti masih di dalam rahim ibunya,

Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yang belum dilahirkan membesar. Ia juga disebut sebagai membran kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yang dikenali sebagai amnion dan chorion. Ia dipenuhi dengan cecair pudar dan jernih, tempat bayi belum lahir terapung dan bergerak.
bayi
Cecair itu bertindak sebagai pengalas, melindungi embrio daripada hentakan dan cedera di samping membekalkannya cecair yang membolehkan mereka bernafas dan telan. Ia juga mengekalkan suhu bayi dalam dalam kandungan.

Cecair amnion sebahagian besarnya ialah air, tetapi selepas 10 minggu kanak-kanak itu mengeluarkan sejumlah kecil air kencing ke dalam cecair itu.

Jumlah cecair amnion meningkat secara berperingkat ketika kehamilan sehingga minggu ke 38 apabila ia berkurangan sedikit sehingga bayi itu dilahirkan.

Biasanya, ketuban akan pecah sendiri ketika lahir, yang biasa dirujuk sebagai ‘pecah ketuban.’ Tsigris berkata, peluang ketuban untuk kekal sepenuhnya selepas lahir amat jarang. Dia mengaku terkejut melihat bayi yang baru dilahirkan yang masih dalam ketuban 12 Mac lalu.

Menurutnya, bayi itu tidak berdepan dengan bahaya kerana ia masih makan melalui uri dan mula bernafas sebaik ketuban itu pecah. Gambar itu sudah dikongsi lebih 8,000 kali. Aktres Jessica Alba pernah bercerita mengenai anaknya, Haven yang dilahirkan di dalam ketuban pada 2011.

“Doktor tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini. Dia memanggil jururawat dan berkata: ‘Lihat ini. Ketika itu saya masih meneran dan dia meminta saya bertahan seminit dan tidak meneran.

Tetapi ketuban itu pecah sendiri sebaik bayi keluar,” kata Jessica. Pengalaman Jessica itu mendorong dia untuk menamakan anaknya Haven .

12 comments:

Isabel Diaz said...

Ok ler kalau tak effect apa-apa.. Takut pulak saya tengok gambar tu.. Huhu..

inche hlovate said...

mesti teruja kalo dapt tengok depn2 ni

Kathy Rbain said...

subhanAllah...

LaLa mhdnor said...

tadi ada baca dalam paper, terkejut gak bila tgk.

Papa Mifz said...

ada terbaca dalam paper tadi...

wantie said...

mmm.. mungkin zaman sekarang kita rasa mcm pelik dan terkejut dengan perkara begini. Mungkin sekarang doktor akan pecahkan ketuban jika air ketuban tak pecah dengans endirinya


dulu.. nenek saya pernah cerita bila kes begini dorang akan pecahkan ketuban tersebut dan lapisan luar tu akan di lekatkan di bahagian kulit kelapa.

dan ada jugak yg berpendapat kanak kanak yang lahir dalam keadaan begini sangat kental jiwanya. Kalau buat sesuatu akan bersungguh sungguh dan pasti akan "outstanding"

ntah le tu semua kepercayaan orang dodulu. betul ke idak saya tak sure. tak de bukti pun..

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

Subhanallah...maha suci Allah..

Remy hazza said...

kuasa Allah...tak siapa yg dapat menghalangnya.....

Monyet Rimau said...

dasyat sungguh...

siapa yang pergi sana mesti bawa pula hiv hahaha

Google Delete Blog Yang Memberikan Servis Download Percayalah!
http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/06/google-delete-blog-yang-memberikan.html

Monyet Rimau said...

maaf bro sebab terpost pasal "siapa pergi di sana mesti bawah pulang hiv" saya nak post di artikel blog bankami...terpost pula kat sini ...lupa padam hahah

hainom OKje said...

Arjuna keluar gitu Nep....ada karung sekali...katanyalah

baby comel said...

ngilu bila tengok.. kuasa Allah, baby berkeadaan begitu dlm perut mummy