Blogwalking Selesai Jua ...Baru Boleh Study

Blogwalking
Salam rakan-rakan blogger. Semenjak 3 minggu kebelakangan ini aku merasakan aktiviti blogwalking aku memang hancus sesangat.

Dahulu setiap minggu pasti saya akan singgah semua blog rakan-rakan di bloglist Hanif Idrus. Plaing teruk pun, singgah sekali dalam seminggu. Kalau mereka sering updated blog setiap hari sudah pasti 3 atau 4 kali saya singgah ke blog rakan-rakan.

Dan ramai rakan-rakan baru yang komen di blog Hanif Idrus saya tak kesempatan singgah kembali..huhuhuhu

Blogwalking
Tetapi dalam bulan ini, aktiviti blogging aku tak seimbang, apatah lagi pergi training di luar serta kerja yang menimbun-nimbun. So tadi aku ambil keputusan balik kerja lewat sikit sebab mahu blogwalking ke semua rakan bloglist saya.

Sebab aku malu sangat, walau pun tahap blogwalking aku rendah tapi ramai pembaca setia Hanif Idrus Blog sering komen di sini. Aku pun tahu malu jugak...hehehehehehe.

Semalam selesai aku blogwalking semua rakan blogger. Baru tenang hati aku...hahahahhaa.
Sebab hari sabtu dan ahad, aku plan nak study kursus yang aku ambil ini. Belum belajar sampai sekarang ni..hehehehehe.

Itu plan!!! Kalau tak der gangguan mungkin akan menjadi....kikikikiki.
Blogwalking

Share:

12 comments