Gara-gara Hubungan Sulit Dicampak Ke Gaung - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Gara-gara Hubungan Sulit Dicampak Ke Gaung

hanif
Gara-gara berang tertipu dengan hubungan sulit, seorang wanita mencampakkan perempuan simpanan suaminya ke dalam gaung sejurus selepas kecurangan itu terbongkar.

Ibu kepada empat anak, Lissette Lupo Mamani dilaporkan mengintip jejak suaminya yang menjalin hubungan terlarang dengan Sandra Bruna Morales, 25. Rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian menunjukkan bagaimana suami Lissette, Renzo Zanabria Huanca lari lintang-pukang sebaik saja isterinya menyergah mereka di Arequipa, Peru, semalam.

Lissette pula terus membelasah Sandra sebelum mengheret rambut wanita terbabit ke gaung berhampiran. Lissette kemudian menolak Sandra ke situ. Bagaimanapun Sandra bernasib baik kerana terjatuh hanya setinggi enam meter dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Sandra kemudian dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan ringan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Lissette akan didakwa atas tindakannya itu. Sementara itu ketika ditemui media, Lissette berkata, dia tidak ingat insiden berkenaan kecuali ketika dia menarik rambut kekasih suaminya. Huanca pula mendakwa, dia bertemu Sandra untuk menamatkan hubungan sulit mereka dan mahu kembali kepada Lissette

8 comments:

Hootoh Tudia said...

Aduyai... Walaupun kadang2 tu rasanya patut jugak dihukum mcm tu. Tapi buat hukuman sendiri tetap satu kesalahan. Dunia sekarang ni, mcm2 boleh berlaku

Kathy Rbain said...

hehehehe..bila prempuan dah marah...
bro...jom baca entri ini
http://coretanhatikathy.blogspot.com/2013/06/doodle-lelaki-siap-di-warnakan.html

MaMa Rey said...

marah sangat tu..sampai bertindak mcm tu..

ayut said...

bila emosi menguasai fikiran...huhuhu..parah la sape mangsa yer...tp laki ye ni pon sengal...penakot ok klu men lari trus gitu...huhuhu

baby comel said...

the moral of the story... pls jgn ler ada skandal lain

Remy hazza said...

dah meroyan tahap gaban ler tu...nasib baik tak mati perempuan tu......

Mieza Jhaa K said...

Haaa kann..padan mukaa

hainom OKje said...

ha kau....berani berani nak buat hal...ingat wanita ada kuasa luar biasa bila tgh geram hehe