Header Ads

Google Updated Pagerank Kedua 2013

Hujung bulan ini kalau mengikuti ramalan Google akan updated pagerank untuk kali kedua pada tahun ini. Updated terakhir ialah pada bulan February yang lalu.

Dijangka Google akan updated  Pagerank pada June 27 hingga July 7 ini. Dan rasanya ramai blogger ternanti-nanti event pagerank ini.

Blogger yang telah menukar domain dan hosting baru-baru ini pastinya antara mereka yang tidak sabar melihat perubahan dalam pagerank mereka. Modal yang dikeluarkan untuk mendapatkan hosting atau domain terbaik sudah tentu pulangannya harus dalam bentuk Pagerank atau PR yang baik.!!!

Melalui pengalaman aku, penukaran domain sahaja bisa memberi point yang tinggi kepada pagerank anda. Sebagaimana berlaku pada bloglist Hanif Idrus yang mendapat PR2 apabila menukar domain .my dalam masa tak sampai 2 bulan!!

Manakala untuk blog induk Hanif Idrus pula sudah 1 tahun setengah masih di takuk lama iaitu PR1. Tahap kesabaran untuk mendapatkan PR yang baik untuk blog ini memang dah cukup terseksa..hehehehe..

Dimana salahnya aku pun kurang pasti tapi aku merasakan external link aku yang tinggi memainkan peranan kegagalan dalam mendapat PR selama ini. Pengetahuan yang rendah dalam bidang mengupdate templates HTML ini kepada "no follow" ini menyebabkan kebanyakkan widget aku menyedut page juice aku hingga aku kekal di PR1 sahaja.

Walau apa pun as a blogger kita sentiasa harus mempunyai vision dalam mencapai 2 tujuan dalam mengukur kemajuan blog kita iaitu pagerank dan Alexa.

Dalam mencapai pagerank ini kekuatan utama seorang blogger ialah mencapai semaksimum SEO yang mungkin seperti:
a) Loading time yang baik
b) Kurangkan penggunaan widget yang tidak penting untuk mendapat external link yang minimum
c) Bounce rate yang rendah
d) Kekuatan mempunyai backlink yang baik terutama dari blog PR yang tinggi.
e)  Penggunaan heading tag, alt image, font, niche yang baik menyumbang PR yang baik kepada entri.
f) Templates mesra SEO juga memainkan peranan dalam hal ini.

Manakala isu-isu yang lain seperti penggunaan hosting blogspot atau wordpress juga mengambil kira PR sesebuah blog tersebut.Di mana semua sedia maklum pengguna wordpress adalah terbaik untuk mendapat PR yang tinggi.

Setakat ini perubahan ketara yang aku buat ialah menukar templates blog aku kepada mesra SEO. Sudah 3 bulan aku gunakan dan setakat ini aku amat berpuas hati dengan templates percuma ini.hehehe....

Walau apa pun jom kita nantikan PR masing-masing dalam masa terdekat ini. Adakah kita berjaya meningkatkan PR kita satu level yang lebih baik atau ianya semakin menurun..hehehhhe........

Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua rakan blogger agar mencapai PR yang baik dan jangan lupa berkongsi dengan kami, teknik yang anda gunakan apabila mencapai PR impian anda.

Dan tidak dilupakan buat rakan yang tiba-tiba jatuh PRnya juga harus berkongsi apakah kesilapan yang anda lakukan as pre-caution untuk rakan-rakan blogger......hehehehhehehe


18 comments

baby comel said...

PR.. erm, maju maju abg hanif :)

Kathy Rbain said...

kathy xtau PR kathy..mesti teruk..hehehe..

Raudzah Z said...

Good Luck nif..I know you have done yourbest. In Shaa ALLAh ok kot this time. nway kalau tak naik jugak PR tu, maknanya tak da rezekikan..kena cuba lagi..

Remy hazza said...

rasanya remy dah jatuh pagerank..... sebab blog sedikit terabai dari dulu.......

Mieza Jhaa K said...

Bagaimana la keadaan blog saya agaknya..

Normi Nieza said...

msh no 1 lagi..hihik

Mazwan said...

tq info...menarik

http://cerciterpanas.blogspot.com/

my notes said...

blum pernah amik tau ... heheheee

kopi pasta said...

harap update PR kali ini, boleh naik satu anak tangga...

wantie said...

tak pernah check pun

Isabel Diaz said...

Saya nak naikkan tapi tak pandai

Izzat Eshak said...

Menarik, kena sabar menunggu ni

Shaiful Zaidi said...

sat naik, sat turun, sat naik...

Hatimi Tahirruddin said...

nice info bro...mmg suspen nak menunggu update PR ni...hehe

Sukma Haron said...

saya tak der pagerank ler....how?

diana said...

Dulu ambik kesah jugak..sekarang malas le dah..bila sebut pagerank mesti terpikir .."ala pagerank je pun..."haha..teruk punye blogger..

sobri yaacob said...

saya pagerank pun x de.. mcm mana nak ceq bro?? wat la entry..:) seo pun saya x tau apa benda tu.. :)

hainom OKje said...

Alah Nep...Okje terima ajelah pagerank apa pun...tak de pagerank pun tak kisah...hehe maklum le tak de wawasan hehe