Header Ads

Isteri Ku Gagal Dalam Perjuangan

Isteri Ku Gagal Dalam Perjuangan
Hari ini dah masuk hari keempat aku training...banyak hari lagi nak layan training ni..huhuhuhuhu.
Semenjak ini aku asyik bercerita tentang training ajer kan..hehehehhehe.  Maaf ler,..sebab banyak peristiwa menarik sejak pergi training ini..

Salah satunya ..isteriku telah gagal dalam perjuangannya untuk tidur seorang diri di rumah...hahahaha.
Aku sebenarnya memang dah jangka perkara ini akan berlaku sebab I know my wife!!!

Aku pernah bertanya" Lin, tak takut ker tinggal sorang-sorang"
Isteriku menjawab " Apa nak takut, jiran sebelah semua ada. Lagi pun komputer ada boleh main game"
Aku diam sahaja dan pernah mencadangkan agar adik ipar aku menemankan isteriku ini. Tapi dengan kerasnya dia menolak!!

Malah mak mentua aku pun mencadangkan adik ipar ( adik perempuan bini aku) tinggal sama-sama selama seminggu semasa ketiadaan aku. Bini aku marah!! semua orang macam tak percaya dia boleh tinggal sorang-sorang!! ( Bukan marah ler...cuma bini aku meluahkan perasaannya kat aku ketika itu).

Macam biasa aku diam sahaja, aku nak cakap apa. Isteri aku ni kalau kata tak mahu memang tak mahu. Aku siap pesan lagi,  kalau tidur sorang-sorang takut jangan beritahu kat aku, tak pasal-pasal aku tak boleh belajar sebab risaukan bini aku.

Ini akan menyebabkan aku gagal dalam peperiksaan sebab terlalu risau keadaan bini aku.hehehehhee. Aku cakap secara jokes ketika itu...

Pada hari Selasa aku call bini aku. Nak tanya pengalaman tidur seorang diri dirumah malam tu ( pada hari Isnin malam tu). Bini aku kata dia tak boleh tidur!!!  Aku kata kalau tidur sorang-sorang bukalah semua lampu baru kurang takut sikit.

Bini aku kata dia buka semua lampu malah TV pun dibuka sepanjang malam tapi asik terkejut ajer dan tak boleh tidur...
Sebagai suami prihatin ..aku ketawakan bini aku ..hehehehhehe. Perbualan tak dapt diteruskan kerana bini aku nak masuk kerja dan aku nak pergi training.

Petang tu aku call bini aku semula. Bini aku kata adik dia dah sampai kat rumah....adik lelaki dia hantar. Aku tanya macam mana adik ipar aku boleh tahu!!

Sebab isteri aku dah beritahu mak dia kejadian malam tu..hahahahahhahaha.
Sebagai seorang ibu, sudah pasti risau kan. Mak mentua aku lagi mengetahui perangai anak perempuan dia yang penakut tinggal sorang-sorang...

Nasib baik rumah mak kami semua kat Melaka...apa-apa hal boleh mengadu !!

Akhirnya isteriku gagal dalam perjuangannya....Nilai moral yang kita boleh belajar dari sini ialah malam-malam nak tidur kena tutup lampu kalau tak mesti tak boleh tidur...hehehehehe.


21 comments

Ibu Amirul said...

lebih baik berteman dari tinggal sorang2. sekarang ni kan banyak sangat bahayanya

duniafana said...

saya kalau tido kena slimut satu bdn

Isabel Diaz said...

Hahaha.. Kalau saya memang tak berani tido sowg2.. Mesti ada teman. Kalau tak, memang tak tido..

Normi Nieza said...

tak suka tdo dalm cahaya terang..:)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Akhirnya datang juga adik ipar :-)

Kathy Rbain said...

ye..lagi selamat isteri di temani oleh sesiapa yang di percayai..

Ct Noraishah said...

hahaha..memang xberani la tido sorang2. paling x nak gak teman walaupun hanya bertemankan budak kecik heeheh

Farah Waheda Wahid said...

saya pulak kalau tidur mesti nak at least ada lampu sikit...x ley x der lampu...

*abang...soklan WPA tak keluar lagi... tapi nanti dah keluar boleh lah mintak pandangan, pendapat dan guide sikit yer?

wantie said...

hehehe... dia nak maje ngan kamu le tu... dah terbiasa 12 tahun kamu ada kan.. tetiba kena tidur sengsorang sure la rasa lain.

Saya ni dah biasa.. sebab hubby kerja shift. kalau kena shift malam anak anak kan ada...

Monyet Rimau said...

Ingatkan perjuangan apa tadi hehehe

Tonton Online Drama Teduhan Kasih Full Episode
http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/06/tonton-online-drama-teduhan-kasih-full.html

my notes said...

ada cara yg lbh berkesan . ambil tasbih , tutup mata , berzikir . bila terjaga , berzikir lagi ... in shaa Allah ... hati akan jadi tenang dan tidur pun nyenyak wpun bantal peluk x der kat sebelah ... hahahahaaa

Aiisyah Roseskalerful said...

Perempuan lebih eloklah berteman. :-)

Aiisyah Roseskalerful said...

Perempuan lebih eloklah berteman. :-)

3no gr33ny said...

dah biasa berteman agaknya

BUNDA a.k.a KN said...

assalam,

oo penakut ke?..anak2?..macam ni kene berteman lah selalu..

Hanif Idrus said...

Bunda.anak2 mak mentua yg jaga

hainom OKje said...

Kenapa anak2 tu bagi mak mertua yg jaga En Anep oi...

baby comel said...

adoiii, hehehehe. kita pun takut gak tidur sorang2. tapi kalau dah tidor memang tak sedar pape la. yang penting yg fikir sangat. tu yg rasa takut menjadi2

MaYa MustWany said...

kalau family mas semua balik kampung, mas de hal macam exam, tak dapat balik.tinggal sorang2, mula2 takut gak bila malam tapi dah tengah malam..dah ngantuk,selamba je tutup semua lampu n tv..pummm tidur..

Etuza Ezawarna said...

lain macam jer bunyinya..tau2 takut tidur sorang2 hahaha...kena balik cepat2 latu bro hanif

Remy hazza said...

selalu berdua tertiba jadi sorang...memang tak lena tido......