Isu hangat yang diperkatakan masakini iaitu kerajaan wajibkan blog dan portal menggunakan identiti sebenar.
Tak ada lagi dalam profile mereka nama baby comel ler... Pen garang...rimau perkasa dan macam-macam nama etorik yang lain...kikikiki.
Tapi ia hanya dikuatkuasakan hanya kepada blog berita kot. Aku pun kurang pasti.
Dan adakah laman sosial yang lain seperti FB  termasuk dalam undang-undang ni.
Hanif Idrus Blog rasanya tak der masalah dari segi ni kerana that my name..hihihihi.
Secara peribadi aku sokong pelaksanaan undang-undang ini kerana konsep berani kerana benar.
Kenapa perlu membaling batu dan kemudian sembunyikan tangan..kikiki. Tak gentle..
Lagi satu sudah tentu benefit untuk kerajaan dalam menangani isu-isu politik yang berbaur fitnah yang sudah tidak terkawal...hihihi. Good for BN lerrrr...
Tapi janganlah kita kawal isu politik sahaja tapi juga hal keagamaan dari sumber salah serta kes-kes menghina isu agama.
Aku rasa isu ni pasti akan menjadi isu terhangat di kalangan blogger-blogger.
Apa pendapat anda?