Jerebu
Kes Jerebu di Malaysia kini menjadi satu isu terhangat pada masa kini. Dan ramai pihak yang mengeluh akan keadaan Jerebu di Malaysia ini terutama kanak-kanak dan warga emas yang berpotensi tinggi mendapat kesukaran bernafas.

Dan baru-baru ini kerajaan negeri Melaka telah mengeluarkan kenyataan semua sekolah tadika berehat sehingga IPU di Melaka mencapai kadar selamat.

Tetapi adakah anda menyedari kedatangan jerebu ini sedikit sebanyak memberi ada memberi kebaikan kepada kita iaitu:

Cuaca Mendung Sepanjang Masa
Sedarkah anda bahawa sekarang ini cuaca panas di Melaka. Melalui Weather software temperature melaka ialah 33 Celcius!! ...panas tuuuu...hehehhee

Tetapi dengan kedatangan jerebu, matahari tidak dapat menembusi ke kulit kita malah jerebu ini membuat cuaca sepanjang hari seakan mendung di petang hari. Seolah-olah tenang sahaja jiwa kita melihat suasana alam tetapi terpaksa menyedut bau asap ler...hahahahhaha.

Kabus Seumpama Di Eropah
Pada masa inilah cubaan terbaik mengambil gambar seolah-olah Malaysia ini diselubungi kabus dengan jarak  pandangan yang dekat.

Boleh lah menghantar gambar atau upload di Instagram dan share kepada rakan-rakan luar negara...hehehehehee

Cost Down RM
Betul...secara tak langsung apabila masalah jerebu ini berlaku semua warga Malaysia akanmendiamkan diri di rumah sahaja bersama anak-anak.

Kalau tak, tiap-tiap minggu pasti keluar makan luar atau ada sahaja aktiviti diluar perancangan. Tapi kali ini kita tak mampu membuat apa-apa perancangan kerana ntakutkan masalah kesihatan..

Inilah satu entri santai melempiaskan sebentar stresss jerebu ini. Aku pun dah tak larat bau asap jerebu ini. Lemas aku pakai mask ini..berpeluh-peluh tapi demi kesihatan terpaksa ler pakai..hehehehe
 Jerebu