Niche Blog
Apa Itu Niche
Pastikan blog anda mempunyai niche!!!.  Satu istilah yang sering kita dengar di gegendang telinga ini...hehehehehe. 

Sebenarnya apa itu niche?
Is the act of creating a blog with the intent of using it to market to a particular niche market. While it could be argued that every blog is, in some form, a niche blog, the term as it applies to marketing refers to a particular kind of blog.

Atau bahasa mudahnya 
 

Niche blog adalah blog yang menfokus pada salah satu topik sahaja tanpa membahaskan banyak topik-topik yang lain.
Bagi mereka yang sudah biasa dengan dunia “internet marketing”.. perkataan niche memanglah bukan suatau perkataan yang asing. Ramai yang dah tahu apa itu maksud “niche”… dan ramai juga yang tahu, untuk berjaya dalam perniagaan internet.. “Kita perlulah mempunyai niche yang tersendiri!”
Sebagai contoh apabila blog anda membahas tentang kereta maka ia haruslah membahas tentang sekecil-kecil tentang kereta hingga sebesar kereta dari penbuatan, pembaikan, jenis dan segala-galanya.
Kelebihan Niche Blog 
Sebuah blog yang mempunyai niche tidak mempunyai masalah dalam mencari idea kerana ia terarah hanya kepada satu topik dan sudah tentu niche anda merupakan minat anda. 
 

Anda lebih mudah fokus dan konsisten dalam mengembangkan niche dan kemungkinan blog anda akan menjadi blog rujukan!!!
SEO lebih mantap kerana keyword yang fokus pada niche tertentu “kereta”.
Naik taraf ilmu didada kerana apabila kita tumpu pada satu topik sahaja, sudah tentu rujukan akan dilakukan dan pekembangan teknologi sesuatu topik lebih mudah diperolehi.

Blog anda boleh ditukar dari blog yang memberi informasi kepada sebuah blog bisnis kerana topik anda fokus kepada niche spesifik iaitu "kereta"
 
Masalah Niche Blog
Anda harus memilih niche yang menguntungkan serta menjamin trafik yang baik dan paling penting niche yang dipilih kurang persaingan!!
Sebagai contoh niche blog anda "kereta", maka berapa ramaikah blogger yang mempunyai niche sedemikian.

Persaingan mendapatkan trafik pada satu topik sahaja memerlukan kerja keras dalam menyaingi blogger-blogger lain di dunia laman web sesawang. Apatah lagi jika kamu seorang blogger yang baru dan kurang memahami teknik SEO.

Sesebuah blog yang mempunyai niche tertentu akan mengalami kekurangan dalam menghasilkan artikel kerana hanya mempunyai satu topik sahaja. Berbanding dengan blogger umum (general)  mempunyai pelbagai topik untuk dibincangkan kerana ia tidak terikat kepada satu topik sahaja.

Stress kepada blogger yang terpaksa memikirkan apakah artikel seterusnya yang berkaitan niche "kereta" ini.

Kesimpulan Niche

Ramai blogger berbicara tentang niche ini tapi secara amnya berapa ramaikah yang berjaya dalam membuat niche blog?

Niche blog memerlukan kepakaran tertentu dari blogger tersebut dan memastikan setiap artikel mempunyai perkaitan niche antara satu sama lain.

Aku dah menjumpai niche aku iaitu aku tidak mempunyai sebarang niche...hehehehehehe.
Aku lebih suka menjadi Genaral Blogger!! atau Blogger Umum yang bercerita tentang semua perkara..

Ramai pakar-pakar blogger menyarankan membina niche blog untuk menarik pembaca ke blog mereka. -----Itu World  Standard Requirement.
Aku tak akan pertikaikan...

Tapi aku lebih selesa menjadi blogger umum. Aku minat berblogging, aku minat fotografi, aku minat Google Plus, aku minat memancing, aku suka berlagak..hehehehe.  Lalu kalau aku mempunyai niche mana aku nak letak artikel aku..hahahahahaha.
Pada pendapat aku niche blog amat sesuai untuk blog bisnis kerana ia lebih mudah di praktikkan.
Aku harap jangan sesiapa marah pada aku kerana aku tidak mahu menjadi niche blogger!!

Anda pula bagaimana?

Niche Blog