Newbies
Hari ini nak bercerita tentang kesilapan newbies dalam berblogging. Aku rasa semua blogger yang mula-mula berblogging akan melalui jalan salah ini.. hehehehhehe.

Aku mula berblogging pada tahun 2010, aku memang cukup bersemangat pada masa itu kerana akulah satu-satunya insan yang berblogging di tempat kerja aku.
Masa mula berblogging , aku sendiri tak kenal apa itu maksud blogging!!!

Aku memang tidak begitu faham tentang blogger ini dan dalam masa setahun memang aku banyak membuang masa.  Dan aku tahu aku akan membuat banyak kesilapan tetapi aku tahu aku akan pelajari banyak perkara melalui kesilapan ini

Dan setelah 3 tahun berblogging ini, aku nak berkongsi kesilapan biasa yang sering dilakukan oleh blogger newbies seperti aku dahulu agar anda tidak membuang masa seperti aku ini..hahahhahaa.

Penceritaan Pelbagai Topik?

Inilah kesilapan yang sering dilakukan oleh semua blogger dan hingga kini aku masih melakukan perkara ini.
Dimana aku tidak mementingkan niche blog aku. Aku tulis secara random dan menulis apa yang tertulis di akhbar aku huraikan. Kadang kala aku menulis sesuatu penceritaan yang terlalu mendalam dan serius. Setiap hari aku menulis topik yang berlainan.

Maksud Niche Blog ialah pengkhususan sesebuah blog kepada sesuatu topik atau perkara, sebagai contoh blog gadget, blog ini akan menceritakan dan berkongsi segala berkait dengan hal-hal gadget.

Dalam Malaysia, secara jujur susah untuk mencari dan mengikuti niche blog ini, tidak banyak blog yang boleh diikuti. Dan jika anda mempunyai kemahiran untuk membuat niche blog ini, sudah tentu kebarangkalian untuk blog anda berjaya amat tinggi.

Apa Yang Patut Kita Lakukan: Sebelum memulakan blog anda harus memilih niche untuk blog anda. Untuk memudahkan niche ini dipilih, pilihlah bidang yang anda minati!! Pendek kata setiap artikel itu mempunyai perkaitan niche antara satu sama lain. Jika anda minat memasak cerita tentang masakan..

Jumlah Kuantiti Adalah Lebih Penting Dari Kualiti?

Sentiasa menulis artikel yang berkualiti. Aku rasa aku mula menulis secara kualiti pada tahun ini kot....hehehehehe. Pada zaman permulaan aku berblogging, kuantiti menjadi pilihan utama  dengan hanya meletakkan gambar dan jumlah ayat dalam 80 patah perkataan sahaja.. Janji tulis!!

Kemudian aku ingat aku dah pandai, aku nak kejar Alexa aku copy banyak artikel di akhbar dan sehari aku post dalam 5 hingga 6 artikel!! Dalam tahun 2013 baru aku cuba membuat artikel sendiri tetapi kadang-kadang aku copy paste ajer..hehehehee.

Apa Yang Patut Kita Lakukan : Sentiasa berusaha membuat entri yang berkualiti melalui minat anda seperti gadget, fotografi dan lain-lain

Komen Di Blog Orang Hanya Membuang Masa?

Aku sentiasa berfikir komen di blog orang  ini membuang masa sahaja. Aku tak sedar blog commenting amat penting dalam exchange comment dan juga menjana pengetahuan ke arah artikel kita yang akan datang.

Tahun 2011 aku menukar rentak mencuba blogwalking melalui publish box dan kemudian aku mencipta bloglist aku sendiri dan memastikan setiap minggu mesti pergi ke blog mereka. Wau!!! komen box aku sehari dapat 2 komen secara tiba-tiba naik!!!

Apa Yang Patut Kita Lakukan :  –Baca artikel dari blogger-blogger terkenal untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Setelah pelakuan ini menjadi habit, mulalah blogwalking dan komen ke blog-blog rakan baru.

Blogging Untuk Duit ?

Ini lah yang paling teruk sekali...hehehhhe. Aku akui salah satu minat pertama aku berblogging kerana aku mempunyai mimpi indah nak kaya melalui internet.

Aku asyik memikirkan tentang uang hingga semua advertiser yang ada aku join. Tapi realitinya bukan senang nak kaya melalui blogging..hahahhaa.

Jika satu iklan yang di klik kau hanya dapat RM0.25...bila masa kau nak kaya...!!!
Akhirnya aku tahu, aku kena kuatkan blog ini dengan trafik yang baik maka bukan iklan RM0.25 yang aku dapat tetapi iklan sponsor pun mampu suatu hari nanti...

Apa Yang Patut Kita Lakukan :  –Menjana pendapatan dalam berblogging tidak salah. Ramai blogger hanya hangat-hangat tahi ayam kerana pemikiran uang dalam kepalanya...
Berblogging dengan cara yang betul dan uang itu akan datang dengan sendirinya.

Itulah kesilapan yang sering dilakukan oleh kita sebagai blogger newbies dan kadang-kadang sebagai blogger lama pun tersasul jugak..hehehehhe.

Apa yang aku lihat niche blog aku harus diperkemaskan lagi.. So besok aku nak bercerita tentang niche blog lak...

Anda pula macam mana semasa mula-mula berblogging?