New Proton Saga SV Ansuran Bulanan - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

New Proton Saga SV Ansuran Bulanan

 Proton Saga SV

Salam Satu Blogger sekarang ini di Malaysia memang heboh tentang kereta Proton Saga SV atau nama ganasnya Super Value yang amat murah.
Kereta baharu keluaran Proton Holdings Bhd., Proton Saga SV 1.3L yang dilancarkan kelmarin pada harga rendah, mendapat sambutan baik daripada pelbagai lapisan rakyat.

Varian baru Saga itu  ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE), Genetic Silver dan warna terbaru Blue Rock.

Saga SV dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.

Harga untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic). Saga SV didatangkan dengan jaminan tiga tahun/100,000 km.

 Proton Saga SV
Banyak pihak yang teruja dengan bayaran bulanan serendah itu dan ini merupakan satu strategi pemasaran yang sangat bagus daripada Proton.

Aku ada membuat kajian harga Proton Saga SV ini. Dan melalui pemahaman aku sememangnya apa yang dikatakan memang betul di mana pembayaran tahun pertama hingga tahun seterusnya mempunyai peningkatan dari tahun ke tahun.

Perancangan sedemikian memberi peluang kepada pembeli untuk merancang belanjawan mereka ini . Teknik yang baik. Sila lihat bawah jadual pembayarannya.

 Proton Saga SV

Melalui carta di atas memperlihatkan cara bayaran ansuran Proton Saga SV ini. Pada pandangan peribadi aku, bagus juga terutama buat student yang baru bekerja mungkin boleh merancang ekonomi mereka dan juga ibubapa boleh membelikan kereta buat anak mereka sebagai down payment ini.

Down payment yang aku lihat ada 2 opsyen samada 0% atau 10% . Tapi kalau dapat 100% full loan memang best ler kan..hahahahaha tapi monthly mungkin berubah sikit  kot.

Walau bagaimanapun aku sakit hati sebab aku barru ambil Saga FLX bulan Januari lalu. Memag menyakitkan hati sebab beza harga dalam RM5000!!! huhuhuhuhu.

Kat bawah ini macam-macam iklan pembayaran ansuran yang aku lihat. Tapi aku rasa baik anda semua fokus pada carta atas. Carta bawah ini mungkin melibatkan downpayment yang berbeza..kot.

 Proton Saga SV

 Proton Saga SV






 

18 comments:

Raudzah Z said...

Monthly installment yang baik untuk profer planning. So sapa-sapa yang nak dapatkan first car tu memang berbaloi.

Bin Muhammad said...

The most valuable car...kat Malaysia aje ye.

Normi Nieza said...

mmg murah..:)

inche hlovate said...

tu la ingat nak beli..tapi dapat halangan daripda family la.. ayah soh pakai kereta yg ada kat umh tu huhu

Mieza Jhaa K said...

Berlambak la Proton Saga SV kat Malaysia nanti..

Kisah Si Dairy said...

makin jammed la jalan nanti...hehe
ade kena mengena tak...

Kathy Rbain said...

cantiknyer...gulp..

Teacher Basariah said...

pakai je la kereta sekarang ni selagi boleh bergerak..huhu

wantie said...

nasihat untuk proton. sila buat keta yang cermin tingkap tu tak mendatangkan masalah.

sobri yaacob said...

cntik gak design terbaru ni... klau mampu bleh la beli.. x mampu pkai je apa yg ada :)

Isabel Diaz said...

Bergaya kalau pakai nie.. Terasa ingin membeli..

Sukma Haron said...

belilah barangan buatan Malaysia....

Remy hazza said...

menarik cara pembayarannya....... tak ler rasa terbeban sangat.....

hainom OKje said...

Bolehlah Nep...sambar keta ni buat standby aje hehe

Iszuwan Shah said...

tapi kenapa bila sampai kat salesmen proton edar..mereka tidak mengalakkan untuk ambik bulanan rm250 tu..sebab enterest dia mmg tggi dr biasa..lagi satu downpayment 10% dikenakan jugak..baik bayar 10% untuk montly yg same je sampai 9 tahun..klu lah yg rm250 tu xyah ade downpayment..br betul murah..

timah timun said...

nampak murah tp kadar interest berbeza...interest proton sv lg mahal. jadi lbih untung bli flx

MaMa Rey said...

betul jg Hanif...ok jg cara byrn ansuaran saga sv ni..hari tu ada member kata tak bagus sbb thn pertama je byr murah..

Pengguna SV said...

ambe gune saga sv ni..ni krete pertame ambe..beres dh kete ni..harga pn comel dh..mmg sesuai utk org mcm ambe