Persaraan 60 Tahun Dilaksanakan - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Persaraan 60 Tahun Dilaksanakan

Persaraan 60 Tahun
Salam Satu blogger. Isu terbaru kali iniialah pihak swasta telah melaksanakan pindaan Akta Pekerja 1955 dimana secara mandatori umur persaraan pekrja swsta dinaikkan ke 60 tahun.

Pelbagai reaksi telah diberikan oleh rakan sekerja aku berkenaan pengumuman pihak kilang kami. Tapi untuk aku secara peribadi ianya bukan sesuatu yang menyusahkan malah ia memberi keuntungan jangka panjang kepada seseorang individu.


Aku telah surf banyak artikel berkenaan kelebihan dan kekurangan isu persaraan 60 tahun ini. Pada pendapat aku jika umur persaraan dianjutkan kepada 60 tahun maka sumber pendapatan akan terus dijana oleh individu tersebut.


Jika beliau rasa tak larat nak kerja hingga 60 tahun maka beliau boleh berhenti kerja pada umur 55 tahun. Ianya  satu opsyen kepada individu tersebut.


Kedua isu nyanyuk dapat dikurangkan..hehehehhe. Kebanyakkan individu yang nyanyuk ialah mereka yang tidak bekerja dan kurang berfikir.. Umur 55 tahun dah pencen....duduk rumah 10 tahun tanpa bekerja dan tak aktif.

Persaraan 60 Tahun

Itulah yang menyebabkan nyanyuk 99% peratus invidu di Malaysia. Jika terus bekerja maka otak itu akan sentiasa berjalan. Badan pun sihat dan duit pun dapat!!


Jepun dan Korea Selatan sudah melanjutkan usia persaraan hingga 60 tahun. Brunei, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam dan Kemboja juga melakukan perkara sama bagi sektor swasta mereka. Singapura pula melanjutkan hingga 62 tahun dan Australia 65 tahun.

Usia bersara 55 tahun di Malaysia ketika ini hanya meletakkan kita sama dengan Bangladesh, Sri Lanka, Nepal dan Papua New Guinea.

Untuk aku secara peribadi aku setuju tapi malangnya golongan pelajar menjadi bimbang akan pelaksanaan ini. Jika umur persaraan dilanjutkan maka peluang pekerjaan menjadi kurang.

Mengikut analisis setiap tahun 100,000 pekerja Malaysia yang bersara dan apabila ini dilaksanakan, bermakna 100,000 peluang pekerjaan akan berkurangan.!!!!

Tapi Jepun umur bersara 60 tahun dan sinagpura umur bersara 65 tahun mampu memberi peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Yang penting usaha kerajaan!!!

Yang penting ..nasib baik kilang aku ada operator asing..kalau tak lagi 20 tahun pasti aku akan melihat gambar kat atas..hehehehehehe.





17 comments:

Remy hazza said...

remy setuju...kerajaan yg memainkan peranan utk settle masaalah kekurangan peluang pekerjaan tu...... byk sangat pekerja asing sampai rakyat sendiri ramai yg menganggur....

Budak Kampung said...

60 tahun???owh..tapi kan BK pelik la sbb kalau lama2 pencen stdnt yg grad nk koje pe

mintak tolong http://www.mimbarhatiku.blogspot.com/2013/06/mintak-tolong-sangat-sangat-urgent.html

Isabel Diaz said...

Saya kurang setuju.. Kalau boleh, bagilah peluang kat owg baru gak.

teratai said...

Bersara 55 thn...tak nak jadi spt gmbr di atas! Hehehe

Kathy Rbain said...

ye...makin bertambaha susah anak2 sekarang nak cari kerja,semuanya di sapu pendatang asing..

Nor Salmi said...

Ada pro & kontra.. Memang ada yg blh bkhidmat dgn cemerlang biarpun dh mcecah usia 60 thn namun tidak semua begitu. Niat biar ikhlas. Kalau nk pencen 60 thn tu kena pandai2 'persiapkan diri'. Jgn nanti apabila diberi tugasan mula beri alasan "saya dh tua, biarlah org muda yg buat..." (maaflah, bercakap berdasarkan pengalaman). Apa2 pun, pilihan di tangan kita..

ayut said...

tak setuju cikitla...dh tu generasi muda dia memang tak bgi msuk kerja kerajaan la ni ea n\mkna yer?ke cane?mmmmm

Mia Kassim said...

Ada yang setuju, ada yang tidak....memang ada pro dan kontranya...kalau saya, emmmm rasanya 58 tu ok kot.....

kopi pasta said...

pencen lambat, maknanya bolehla kumpul lagi banyak harta... =.='

MaYa MustWany said...

kadang2 kesian jugak..takut mereka tak larat..tapi de jugak orang tua yang dah pencen awal tapi masih cergas n nak wat keje lagi..

Yumida Huda said...

kelakar tengok pic tu
aah..sokong umo persaraan 60 thn
hope kerajaan buka byk lg peluang pekerjaan ni..jana itu ini..hope dpt mengurangkn kadar pengangguran yg makin bertambah saban tahun

Monyet Rimau said...

perghh 60 tahun..ok la tu...sebab 60 tahun masih kuat kerja

siapa yang pergi sana mesti bawa pula hiv hahaha

Google Delete Blog Yang Memberikan Servis Download Percayalah!
http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/06/google-delete-blog-yang-memberikan.html

Monyet Rimau said...

maaf bro sebab terpost pasal "siapa pergi di sana mesti bawah pulang hiv" saya nak post di artikel blog bankami...terpost pula kat sini ...lupa padam hahah

wantie said...

ada baik dan bruruknya perlaksanaan ini.

Baiknya sebab individu masih mempunyai pendapatan di usia emas. untuk duit tu tak de masalah la.

keburukannya pulak. anak muda yang graduan tu susuah pulak la nak dapat kojer.

Tapi, bagi wantie le.. tak mo ar keje sampai umur 60 tahun. hehehe

Sukma Haron said...

ada pro dan kontra...zahirnya aku setuju tapi batinnya mungkin tidak...so tepuk hati tanya diri sendiri sanggup keje ke tak...?
Aku suka keje so aku pilih retaired 60 tahun....huhu

http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/06/kisah-jiran-yang-terlampau.html

hainom OKje said...

Yang penting 55 tahun boleh keluar KWSP,...tak kiralah nak bersara 65 sekali pun hehe

baby comel said...

kalau org yg kat atas tak nak pencen dan tak turun2, bila pulsk orang muda2,nk naik nanti. cuma pendapat saya bagi orang lama yg dah bekerja terlalu lama -mereka kurang bekerja, hanaya sering bercakap based on their experience. manakala org muda yg terpaksa menjadi pelaksana.. dan seringkali org lama2 rasa tercabar bila org muda datang memberi idea yg mungkin lebih bernas. tapi org kata tu la lumrah alam kerja. kalau tak nak kena arah pergi kerja sendiri. sendiri jadi bos. betul tak abg hanif?? hehehe