Header Ads

The Apprentice Asia - Episod 3

The Apprentice Asia - Episod 3
The Apprentice Asia kembali semula dan kali ini tugasan mereka menjual produk mewah Taiwan yang terdiri dari 6 produk dan setiap kumpulan harus memilih 3 produk.

Sebelum itu berita mengejutkan telah berlaku dimana Andrea telah diserapkan ke Team Maverick dalam memastikan kumpulan tersebut stabil setelah kehilangan 2 ahlinya...

Pengurus Projek kali ini dipilih oleh Tony Fernandes dimana Team Maverick ialah Andrea dan Team Apex ialah Celina.

Team Maverick telah memilih Periuk Nasi, Basikal dan Projektor.
Team Apex telah memilih Basikal, Camera dan Pengecas telefon pintar.

Setiap kumpulan akan pergi ke dua buah peruncit gergasi untuk membuat pembentangan  iaitu Sogo dan Giant. Dan sebahagian kumpulan akan menemui peruncit kecil.

Untuk kumpulan Maverick dilihat semakin matang setelah mengalami dua kekalahan dimana semua kumpulan berganding bahu. Cuma Sam agak pesimis tentang perancangan kumpulan tapi ditenangkan oleh Andrea.

Setiap kumpulan akan pergi ke dua buah peruncit gergasi iaitu Sogo dan Giant. Dalam pembentangan pertama kumpulan Maverick di Giant, mereka gagal dalam pembentangan di Giant dan langsuing tidak mendapat apa-apa tempahan. Kasihannya!!!
 Ini kerana harga yang tidak boleh dirunding dan diskaun kepada peruncit tidak jelas!!

Dalam pembentangan kedua mereka, kajian dilakukan terhadap Sogo dan mereka mengetahui pemasaran terbaru Sogo. Dan kali ini mereka mendapat tempahan hampir RM1juta. Dalam kes ini mereka  memberi diskaun hingga 22 peratus berbanding Giant hanya 10%.

Tetapi melalui perancangan peruncit kecil mereka hanya berjaya menjual 10 buah basikal sahaja!!

Untuk kumpulan Apex dalam pembentangan pertama mereka di Giant agak goyah kerana Dussadee agak gugup dan Celina terpaksa mencelah. Permbentangan kedua di Sogo pula berjalan lancar dan baik.

Tapi berlainan cerita pula untuk jualan peruncit kecil dimana Nik dan Ningku tidak sebulu hingga menjejaskan jualan mereka. Dimana Ningku ingin menguasai jualan tanpa memberi ruang kepada Nik.

Keputusannya kedua-dua kumpulan berjaya membuat jualan melebihi RM1 juta tetapi disebabkan Sogo banyak ambil produk Maverick dan jualan peruncit kecil melebihi RM100,000 maka MAVERICK menang kali ini!!!!!!!!! Yeah!!!!!!!!!!!!!!!

The Apprentice Asia - Episod 3
Dan kejutan berlaku lagi dimana semasa proses penyingkiran , Dussadee menawarkan diri untuk meletak jawatan. Atas sebab tak tahan melihat drama serta tekanan pijak memijak untuk naik ke atas!!

Walau bagaimana pun Team Apex tetap kena pilih 3 ahli untuk dipecat. Mereka yang dipilih ialah Nik, Celina dan Ningku. Tetapi Tony Fernandes tidak memecat mereka!!

Dalam hal ini , kalau aku Tony..hehehehhhe. Aku akan pecat Ningku kerana ia degil dan tidak mahu mendengar pendapat!! Aku tak suka dia...Mencik!!!

Pengajaran The Apprentice Asia Episod 3 :
a) Pastikan  kita memahami produk sebelum membuat pembentangan dan pastikan jumlah produk yang lebih tinggi di tempah haruslah diberi lebih diskaun.
Contoh : Kalau ambil 10 produk diskaun 10% dan kalau ambil 20 produk diskaun 20%.
b) Produk boleh dipakejkan untuk mendapat jualan lebih tinggi.
Contoh: Jika ambil produk pertama dapat diskaun 10 % tetapi jika ambil 2 produk akan mendapat 22%.
c) Perniagaan dan pertandingan  adalah kejam. Dussadee tak faham dalam sesuatu pertandingan, siapa yang kuat akan menang.
d) Kawalan!!...Tegas!!!
Dalam hal ini aku suka ambil contoh Nik yang tidak tegas hingga dikaburi oleh Ningku yang pijak kepala dia. Dan akhirnya tiada jualan!! 
e) Kajian Kehendak Pelanggan
Dimana Team Maverick berjaya perolehi jualan tinggi di Sogo setelah menkaji trend pemasaran Sogo. Kena study pelanggan sebelum pembentangan . Bukan sahaja produk!!

8 comments

Teena Tna said...

Bisnes sangat kejam..!!!

anis said...

huaaaa blog dah lain .. tetiba jadi x reti pulak nak click mana . hhuhuuhhh

Nia said...

Saya pun tak suka kalau ada pijak memijak untuk naik ke atas ni, tapi nak buat macam mana, itu lah persaingan dunia korporat kan

Sheila Salim said...

assalamualaikum abg hanif! hehehe stress sheila tengok cerita ni. hahahahahhaa.

Isabel Diaz said...

Sukanya Abang tengok citer nie.. Hihi..

wantie said...

betul tu kaji kehendak pelanggan. bukan kaji kehendak sendiri. ngeee

Wana Owen said...

tak berkesempatan lagi nak tengok cerita ni..=(

Remy hazza said...

layan jugak.... sebab suka tgk strategi dan marketing style mereka..... sebab calon2 nie bukan sebarangkan...kebanyakan byk pengalaman....