Header Ads

The Apprentice Asia - Episod 5

The Apprentice Asia - Episod 5
The Apprentice Asia Episod 5 kali ini memang mencabar sebab aku pun tak faham..hahahahhahaa.
Kali ini tugasan untuk peserta The Apprentice Asia ialah membuat online trading dengan menggunakan wang maya USD 20,0000. Dalam masa 24 jam, kumpulan yang membuat keuntungan terbesar akan di iktiraf pemenangnya.

Tugasan
Setiap kumpulan harus dipecahkan dua:
Kumpulan Trading atau Pedagang
 (Team Maverick - Nash dan Jon) dan ( Team Apex - Alex dan Nik )
a) Membuat pelaburan berdasarkan trading platform yang disediakan
b) Membuat dagangan dahulu sementara Pasukan Penyelidik berjumpa dengan pakar.

Kumpulan Penyelidik
 (Team Maverick - Andrea dan Dian) dan ( Team Apex - Sam dan Celina )
a) Berjumpa dengan pakar dan membuat analisis pasaran
b) Membuat video selama 60 saat untuk nasihat kumpulan Trading.
c) Kemudian mereka akan menyertai Trading Team.

 
The Apprentice Asia - Episod 5
Sebelum tugasan dijalankan, kumpulan Apex dan Maverick telah dipecahkan semula dimana:
Team Maverick kini dianggotai oleh Jon, Nash, Andrea dan Dian. Dimana Pengurus Projek kali ini ialah Nash.

Team Apex kini dianggotai oleh Alex, Sam, Celina dan Nik.Dimana Pengurus Projek kali ini ialah Sam.

Dalam hal ini aku respek pada Sam yang sanggup menawarkan diri ketika itu kerana pada masa itu Team Apex semuanya tidak mahu menjadi pengurus projek. Ini disebabkan tugasan ini agak berat sekali. Tapi kesannya ialah Sam adalah Sam, peserta yang degil dan mahu pendapatnya di dengari sahaja...hehehehhehe.

Dalam tugsasan kali ini aku tak mampu memberi ulasan yang terlalu banyak kerana ilmu trading ini aku memang zero..hehehehe.
Masalah ini juga menghantui Andrea, Dian, Nik dan Celina yang tidak mempunyai background tentang trading ini.

Kali ini aku tabik pada mereka berbanding tugasan yag lalu kerana mereka semua FAST LEARNER.
Dalam masa yang singkat mereka dapat memahami konsep trading ini. Tahniah buat mereka semua.

Keputusannya / The Result
Dalam tugasan ini kedua-dua kumpulan telah mengalami kerugian dimana :
Team Apex rugi sebanyak USD7,759
Team Maverick rugi sebanyak  USD3,628
SEKALI LAGI Team Maverick mengungguli kemenanangan ini. Tahniah buat Nash.

Kesilapan Yang Dilakukan
Apa yang dapat aku lihat, bidang trading ini risiko dan strategi berkait amat rapat. Tetapi dalam tugasan ini semua peserta hanya mempunyai masa 24 jam sahaja, oleh yang demikian cara pengambilan risiko harus berdasarkan minimumkan kerugian atau memaksimumkan keuntungan secepat yang mungkin.

BERHENTI JIKA MEMANG PERLU BERHENTI.
Dalam kes ini, apabila Nash dengan awal telah menutup semua tradingnya disebabkan platformnya semua tidak mencapai apa-apa keuntungan walaupun waktu terakhir ialah pukul 5pm. Pada mulanya aku rasa tindakan yang salah ( sama seperti yang difikirkan oleh Andrea) tetapi rupanya tindakannya adalah benar.

Manakala Sam pula beberapa platformnya mendapat keuntungan dan juga kerugian. Tetapi Sam terlalu bergantung pada data analisisnya tetap membuat trading hingga penamat waktu 5pm. Akhirnya beliau mengalami kerugian lebih banyak dari Team Maverick. Jika Sam menutup semua platformnya sudah tentu kadar kerugiannya kurang dari Team Maverick.

NO MISTAKE
Kesilapan yang paling besar dilakukan oleh Nik, apabila salah membuat perkiraan hingga menjejas pelaburan mereka.
Dalam bidang trading ini, masa amat mencemburui kita, kesilapan dan stress ianya seiring. Jika kalah kepada stress kita akan panik dan melakukan kesilapan.
Dalam tugasan yang kelima ini , semua  peserta sentiasa mengelakkan melakukan kesilapan ini.

Kerana kesilapan inilah Nik teruk kena belasah dengan rakan-rakannya.
Walau pun kesilapannya adalah kecil namun berbanding dengan semua rakan-rakannya, beliaulah yang lain teruk dan lemah!!

You Fired

Akhirnya Nik telah dipecat. Sudah terang lagi bersuluh kekalahan kumpulan ini adalah kesalahan semua team cuma Nik hanya silap membuat pengiraan akaun.
 
Semua rakan-rakan yang lain menembaknya menggunakan peluru berpandu nuklear lagi...hehehehhee.
Itu kita namakan survivor dalam pertandingan kan....
 
Nik adalah salah seorang peserta kegemaran aku tapi adat pertandingan. Ada yang kalah dan menang. Cuma Nik aku terkejut terkeluar awal...
 
Kali ini aku suka semua peserta, kerana semua peserta mempunyai kekuatan masing-masing . Kalau nak dipikirkan team Filipina masih lagi mempunyai dua peserta.  Tak boleh jadi ini!!!!
Aku harap minggu depan Celina keluar pun bagus jugak..hahahahhaa

13 comments

boni kacak said...

sedih aku nik dipecat.. dia berhenti kerja semata2 nak tumpu pada apprentice ni. tk apalah.bukan rezeki dia.

Isabel Diaz said...

Tak pernah tengok g cite nie.. Kesian kat sis Nik tu.. Huhu..

Wana Owen said...

x tengok malam tadi.alaaaa...siannye nik yang keluar..!

Kathy Rbain said...

alahai kesiannya dia..

inche hlovate said...

serius tak tengok cite ni hihi

Yumida Huda said...

diorang sangat tabah menghadapi dugaan n cabaran..paling kagum bila dpt menjwb pertanyaan mr. tony..klo yumida sendiri..kompom asyik rasa nk pg toilet je..kompom akan terhasil drama air mata..sememangnya barisan perantis ni orang2 yg hebat

my notes said...

saya tak tgk tapi blh bygkan trading nih sbb itulah yg saya belajar kat U . pemikiran kena pantas ... hahahaaa

Mas Zull said...

assalamualaikum hanif....wah Nik terkeluar rupa2nya yer..;)

fyna said...

hahaha.. fyna lagi lah tak paham pasal TAA nih ^_^

Remy hazza said...

kasihan dia..... takde rezeki.....

Raudzah Z said...

Kalau ikut real trading, memang every second tak boleh silap and kesalahan kump maverick putting too much money in one basket. So that's why dia orang rugi byk. Nash a bit conservative. dia ada one portfolio aje. very safe. Nik keseluruhannya agak lemah compared to the rest.

Khairul Zamri said...

tak tgok citer nih huhu anak sedara konker tv

hainom OKje said...

Tak pernah tengok pun!