Safety And Health  Officer
Pertamanya aku bersyukur kepada Allah kerana telah memakbulkan  isi hati aku untuk menjadi Safety And Health Officer.

Satu wishlist yang aku rasa sukar nak dapat tapi syukur alhamdulillah aku ditawarkan oleh pihak syarikat di mana segala perbelanjaan di tanggung oleh syarikat.
Aku sekarang ada di Bangi Niosh menjalani latihan selama 4 bulan tetapi setiap bulan training adalah 5 atau 6 hari.

Total modular ada 4 buah semuanya. Sistem pembelajaran macam kat Universiti lerr...pengajar ajar sikit kau kena baca buku makkkk aiiiiiiii!!!!! banyak dan tebal...huhuhuhuhu.

Minggu ni aku 6 hari kat sini tapi jiwa berblogging tetap kental..kikiki. Hotel aku menginap ada WIFI free nanti aku blogwalking dan buat artikel as usual.

Cuma tadi kat hotel...bosan pulak. Keseorangan....aku pandang cermin..cermin pandang aku..huhuhuhu. Tetiba rindu kat bini aku..hahaha.

Blogging satu jam......study 2 jam.. Itu plan aku untuk minggu ni. Harap-harap plan aku tak tersasar dah ler....
Ok ler..nak study jap... Nak asah otak yang dah berkarat ni....kikik