Bazar Ramadhan Peringgit Jaya - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Bazar Ramadhan Peringgit Jaya

Bazar Ramadhan Peringgit Jaya
Yummy..Yummy Bazar Ramadhan memang dari dulu lagi aku nak buat. Nak ambil gambar Bazar Ramadhan yang popular di Melaka. Tapi memang tak kesampaian sebab aku malas nak cari parking..

Tapi hari Ahad yang lalu tergerak nak pergi ke salah satu Bazar Ramadhan popular di Melaka.

Kalau nak kata Bazar Ramadhan Peringgit Jaya ini kira-kira No.3 paling popular kat Melaka selain di Taman Cempaka dan Jalan Hang Tuah Melaka.

Dalam bulan Ramadhan inilah kita akan melihat kuih-muih yang tidak pernah kita lihat dan namanya yang pelik-pelik. Tapi standard aku kalau pergi Bazar Ramadhan beli nasi ajer..hehehehe.

Bazar Ramadhan Peringgit Jaya ini terletak berhadapan Hospital Besar Melaka.Kalau tanya orang pasti semua orang tahu. Jom kita lihat apa yang dijual dan aku beli..hehehehehe

Bazar Ramadhan Peringgit Jaya

Mamat ni pandang semacam jer masa aku klik pakai handphone aku ambil gambar ayam percik kepak ayam. Dari susunannya memang cukup menarik dan menyelerakan dan ayam percik/bakar ini memang makanan rutin dalam bulan puasa ini.

Bazar Ramadhan Peringgit Jaya

Ini salah satu makanan pelik yang aku jumpa. Namanya Akok. Aku tanya macam mana nak buat. Mamat tu beritahu stail di buat sebijik macam bahulu cuma kena letak telur dan ada bekasnya..
Aku menganggukkan kepala macam faham tapi tak faham....hahahhahha

Bazar Ramadhan Peringgit Jaya


Bazar Ramadhan Peringgit Jaya


Satu lagi, Ayam Percik Power!!!!
Selamat berbuka pada semua rakan-rakan...


15 comments:

Mia Kassim said...

Jarang pegi bazar ramadhan sebab susah nak cari parking...
Tapi itulah kalau nak cari makanan yang pelik dan setahun sekali baru jumpa, wajib pegi bazar ramadhan...

Waalid Al-Marbawi said...

Meriahnye...Tak berpeluang lagi ke melaka..huhu..

Haryati Faizal said...

rata-rata pasar ramadan jualan dia lebih kurang sama je kan....

Raudzah Z said...

Kreatif susunan ayam panggang tu..

ina said...

akok? ina pun x pnh dgr nma kuih tu..woo..publish mknn mgundam jiwa rasanya..

MaYa MustWany said...

kuih akok tuh femes lor.. family mas suka kuih tuh...

ayam percik memang selalu laku..

Normi Nieza said...

akok tu sdap abg hanif...hehe

Kathy Rbain said...

sedapnyer menunya..hehehe..selamat berbuka bro..

Teena Tna said...

Sy selalu g bazar kat sini lepas balik kerja, memang byk pilihan...

amir rofie said...

Fuh.. memang mengiurkan bila tengok ayam percik power tu. Hanif.. kau dah buat puasa aku kurus ni hari.. hahahaha.. melawak je.

michelle De hunny said...

akok? 1st time dengar :D

tetiba nak g bazar pulak.
haritu ada pegi bazar,ramai org.malu pulak nak beli banyak.hahaha..
*kidding~

Sukma Haron said...

dah lama tak gi bazar ramdhan Peringgit...

fyna said...

sedapnya tengok ayam percik tue.

Zawiah said...

ayam percik tetap di hati ... baunya , masyha Allah , boleh mengancam puasaku itu ...

baby comel said...

ayam tu best sungguh! nak satu..