Bekerja Sambil Belajar Relevankah? - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Bekerja Sambil Belajar Relevankah?

Bekerja Sambil Belajar Relevankah?
Satu isu yang lapuk dan sering dipertikaikan oleh ramai pihak. Adakah bekerja sambil belajar releven? Bagaimanakah hendak membahagi masa sambil bekerja dan belajar?
Apatah lagi jika anda sudah berkeluarga dan bekerja sambil itu belajar.. Memang payah kan?

Inilah yang aku alami sebenarnya. Pada masa ini aku sedang mengikuti latihan sebagai Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan ( SHO) selama 4 bulan (setiap bulan selama satu minggu latihan penuh) di Niosh Bangi. 

Selain itu aku juga sekarang sedang membuat laporan lapangan selama 6 bulan mendapatkan sijil profesional dari DOE dan SPAN untuk Sewage Treatment Plan monitoring. Tarikh akhir penghantaran laporan lapangan tersebut ialah pada bulan November ini.
Bekerja Sambil Belajar Relevankah?
Itu semua buat aku gelisah!!! Sudah 2 minggu aku perhatikan buku SHO aku ini. Mencari idea bagaimana untuk mempercepatkan atau menghabiskan buku-buku yang tebal itu...

Ada beberapa cara seperti mind mapping atau cari soalan dan buat latihan.  Untuk aku membaca seperti aku pelajar dahulu , tak mungkin kerana bukunya terlalu tebal..hehehehehe,

Lagi pun otak aku tak fresh macam dahulu. Sekarang ini nak menghafal pun susah, biasalah umur dah lanjut..hahahahhaha.

Lagi pun tanggungjawab aku bukan hanya belajar sahaja sewaktu jadi student dahulu hanya jaga diri sendiri ajer.
Sekarang nak kena jaga anak dan isteri dan hutang-hutang dan macam-macam lagi yang ada...hehehehehe.

Isnin hingga Jumaat kerja.....Sabtu dan Ahad hanya waktu rehat. Bila masa aku nak belajar, kalau adapun hanya hari Sabtu atau Ahad. Itu pun kalau isteri tak mengganggu nak jalan sana sini...
Kalau belajar pula, anak-anak aku mesti sibuk mengganggu aku. Waktu terbaik belajar masa mereka tidur atau aku lepak rumah ibu aku ajer.

Bukan senang bekerja sambil belajar ini. Kadang-kadang bila aku lihat student macam mereka ini jadi scorer dalam ilmu yang mereka pelajari aku respek pada mereka. Aku faham pengorbanan mereka untuk mendapatkan kejayaan tersebut.

Aku boleh memberi beribu alasan kenapa aku tak boleh tumpu sepenuhnya dalam ilmu yang aku belajar ini. Dimana fakta aku seperti di atas adalah logik dan kukuh.!!  Jika sudah tahu kenapa nak teruskan pembelajaran tersebut?  Kenapa aku terima tawaran tersebut?
Bekerja Sambil Belajar Relevankah?

Kerana ianya adalah rezeki aku sebenarnya, aku sepatutnya bersyukur kerana antara semua calon, aku terpilih untuk mengikuti kedua-dua latihan ini yang sudah tentu menjamin masa depan yang baik.
Bila berbicara tentang bekerja dan belajar, sudah tentu aku perlu membuat sedikit pengorbanan dalam hal ini.

Sudah tahu masa tak cukup, so mahu tak mahu kena ambil masa yang tak penting digunakan untuk belajar ler.  Seperti terpaksa kurangkan sikit berblogging dari 4 jam sehari ke 2 jam sehari. dan lain-lain.

Jangan memberi alasan....bila ada alasan maka sudah tentu kita takkan maju ke hadapan!!
Cuba cari jalan penyelesaian..setiap masalah pasti ada penyelesaiannnya.
Jika sudah usaha dan akhirnya aku gagal... aku tak akan menyesal.
Tapi kalau kau dah usaha,  peratusan kau nak gagal tu sangat susah kan...

Terima kasih membaca entri ini, sebenarnya aku menulis entri ini untuk cari semangat belajar ini. Dalam kepala ini sudah mula penuh dengan alasan negatif.!!!
Kena kasi buang jauh-jauh !!!
Bekerja Sambil Belajar Relevankah?
 

3 comments:

Sukma Haron said...

no reason untuk berjaya.,.....

MaYa MustWany said...

gud luck :)

ayut said...

u can do it bro....nanti bila berjaya ank2x pasti bangga dan secara tak langsung blh motivasi pada diorang...sikit je tu...fikir senang mesti jd senang...*ewah..pandai sungguh mulut ku berbicara ;p*