Blogging Dan VBlog Harus Seiring

VBlog
Salam Semua Blogger. Kalau dah mula menaip tentang tips blog ini, tangan dah tak boleh berhenti. Sebenarnya banyak aku nak tulis tapi alasan standard sibuk dengan kerja dan sekarang ni tengah study lagi, kengkangan masa memang betul-betul ketat..hehehehhee.

Seperti yang kita faham dalam dunia blog ini terbahagi 2 iaitu blogger penulisan dan blogger video (vblogging). Dalam hal ini saya melihat kedua-dua ini sering dipisahkan kecuali terdapat beberapa blogger yang menyatukan kedua-dua konsep ini. Sebagai contoh blogger BoniKacak.

Aku terbaca dalam satu artikel dimana penulis ini menerangkan dunia blogging ini semakin berkembang dan persaingan dalam dunia blogging ini memang hebat. Malah pengetahuan penulis blogger juga semakin berkembang tidak seperti dahulu.

Dan sebagai blogger kita harus mengembangkan pengetahuan kita dan dalam hal ini penulis mengatakan seorang blogger penulisan kita harus menganjakkan diri ke VBlogging.

VBlog
Pertama blogger penulisan boleh menjadi  VBlogger kerana  kita boleh menggunakan You Tube sebagai batu anjakan.

Dimana secara automatik apabila kita mendaftar dengan Blogspot secara tak langsung kita akan memperolehi pakej Google +, Gmail  dan juga You Tube. Rugi kalau tak pakai You Tube ini...hehehe.

Kedua, skop blogger penulisan akan bertambah luas. Dimana setiap video yang diambil boleh diexpose di You Tube dan juga di blog anda. Dimana melalui blog anda sendiri, anda boleh mempromosikan Vblog anda yang diletakkan di You Tube.

Ketiga, jika anda mempunyai pengiklanan Google Adsense, melalui platform Blogspot dan You Tube anda boleh menggunakan akaun yang sama dalam mengawal kewangan anda. Anda memperolehi pendapatan bukan sahaja dari blog penulisan tetapi dari VBlog di You Tube.

VBlog
Keempat ialah pengawalan You Tube adalah sama seperti blogger penulisan. Dimana ia juga aplikasikan keyword dan sebagainya tetapi tidak sesukar blog penulisan. Pengalaman sebagai blog penuisan boleh diterapkan sebagai Vblog.

Kelima ialah skil up diri anda. Sebagai blogger penulisan, salah satu skill yang diperlukan ialah skil ambil gambar..hehehe. Mahu tak mahu terpaksa belajar edit gambar.
Dan jika anda jadi VBlogger, anda terpaksa belajar ambil videokan? So upgrade knowledge..

Lalu apa alasannya untuk kita tak mahu upgrade diri kita sebagai blogger penulisan dan sekaligus VBlogger.
Cuma masalahnya kita ini tak ler seteror Boni Kacak yang ambil video secara profesional.. Yang kita ada hanyalah video handphone ajer...hehehehehe.

Menurut penulis ini lagi, sebagai permulaan VBloggger, janganlah nak ambil video bersiri..hehehehe.

Cukuplah sekadar ambil video percutian bersama anak-anak, majlis perkahwinan atau video memasak  dan apa jua video berkaitan personall life kita dan aku nak tambah ambil video yang berhemah....hahahaha.
Yang penting keyword harus betul samada di letakkan di You Tube atau Blog anda.

Kesimpulannya ialah jika kita bermula sebagai blogger penulisan maka untuk menyatukan diri ini sebagai V blogger amatlah senang. Dan gunakan platform You Tube sebagai V Blog anda dan pada masa yag sama gunakan blog anda promosikan You Tube Blog anda.


Tags:

Share:

19 comments