traffic blog
Tempoh hari aku terbaca satu artikel yang menarik dari blogger HH( Hasrul Hassan) berkenaan pencapaian trafiknya dalam masa 4 bulan 140K. Dan 80 peratus dari sumber trafiknya ialah dari  enjin pencari.

Dan aku akui, trafik blog aku 70 % adalah dari Enjin Carian dan manakala Direct Trafik menyumbang 18.3% dan Referral Trafik pula menyumbang 17.7%.
Ini adalah data yang aku ambil dari Google Analytic untuk blog aku ini.

Dalam sebulan trafik aku secara purata dalam 35,000 pageview dan penyumbang terbesar ialah dari Enjin Carian sebanyak 70% atau 24,500 pageview sebulan!!!
Bayangkan kalau blog aku tiada dalam enjin carian, total sebulan trafik aku melalui blogwalking dan juga bloglist maksimum adalah sebanyak 10,500 pageview sebulan sahaja.

traffic blog
Terkini overall pageview aku mula berblogging hingga sekarang ialah 800,000 pageview dan aku berharap dalam tahun ini mencapai 1 juta pageview setelah 3 tahun lebih berblogging. Itulah harapan aku pada tahun ini !!

Tapi nak dapatkan CPUV Nuffnang pun punyalah payah walaupun unik pageview aku melebihi syarat yang ditentukan . Mungkin sebab aku kerap memasukkan entri politik popular kot..hahahahaha.

Bagaimana hendak mendapatkan entri anda dalam carian enjin pencari untuk aku hanya ada satu teknik sahaja. Tapi sebelum itu, memang terdapat pelbagai teknik yang diajar dalam blog-blog SEO ini.

Kadang-kadang teknik yang diajar terlalu SEO dan orang macam aku tak tercapai pengetahuan tu..hehe Tapi aku menjumpai cara terbaik di mana semua orang boleh mendapatkan trafik melalui enjin pencari

Melalui pemantauan aku, untuk mencapai kekuatan enjin pencari dalam blog anda haruslah seiring dengan jumlah entri yang telah anda publishkan. Dalam masa 3 tahun ini, aku telah publishkan sebanyak 3249 post dengan pelbagai niche yang ada.

Aku jenis blogger yang tak pandai main niche dan menganggap niche ini membelenggu kreativiti aku ajer..hehehehehehe. Mesti marah blogger SEO bila kau cakap macam ini,....kikikiki.

Berbalik pada jumlah post, lagi banyak post kau publish maka lebih banyak kebarangkalian entri kau termasuk dalam enjin carian. Takkan dalam 3000++ entri, satu pun tak der orang cari dalam enjin carian. Itu logiknya!

Inilah salah satu sebab kenapa salah satu syarat utama berblogging mestilah membuat entri setiap hari. Sekurang-kurangnya satu atau paling malas pun seminggu 3 entri.

Tujuan entri dibuat ialah menarik pembaca...pembaca termasuklah mereka dalam bloglist anda rakan blogwalking tetapi jua pembaca dari Enjin Pencari!!

Diside bar Popular Post saya adalah berdasarkan bulanan, dan tiap-tiap bulan popular post saya berubah-ubah bergantung kepada enjin carian. Ada post saya popular tahun lepas masih dicari lagi.
Mungkin tahu ini tak popular tapi mungkin tahu depan popular...heheheh

Tapi kalau langsung tak buat entri, macam mana anda nak dapatkan kebarangkalian entri anda ter popular pada tahun ini atau bulan ini? Cuba cer sikit?

Bayangkan kau dah berblogging 6 tahun mesti jumlah post kau dalam 6000 post. Potensi entri kau dalam enjin carian semakin cerah seiring dengan kematangan blog anda.

Itu ajer yang perlu anda buat. BACK TO BASIC. Always updated entri sebagaimana disarankan oleh blogger-blogger sedunia.

Kalau nak apply SEO, gunakan keyword yang betul atau selalu mencari keyword bermusim.

Saya hanya ada satu konsep, berblogging ini tak susah cuma kena sabar. Buat basic blogging anda seperti biasa dimana buat entri, blogwalking, ping sikit2, faham sedikit SEO, lama-kelamaan sudah pasti anda berjaya. Macam saya kata tadi BACK TO BASIC!!!

Tapi yang susah ialah kena bersabar...hehehehehe. Bukan 3 atau 4 bulan tapi bertahun-tahun jugak ler...hahahahahha.

Secara realitinya, tahun ini baru bermula pageview saya sehari beribu-ribu...dahulu dalam 500 ratus hingga 1000 pageview. sebelum tu hanya 100 sehari ..dan sebelum tu nak dapat 100 oarang pun susah!!
Tapi kena sabar lerrr....kena betul-betul sabar...hahahahaha.
Diulang sekali lagi betul-betul sabar!!!