Entri Santai Persiapan Hari Raya Aidilfitri 2103 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Entri Santai Persiapan Hari Raya Aidilfitri 2103

Minggu depan dah nak raya...eyahhhhhh!!! Setakat ini puasa masih maintain lagi..belum nak terbuka..heheheheheh
Cuma makan terlebih ajer bulan puasa ini...huhuhuhu.

Bulan Ramadhan ini aku rasa ramai kaki blogger agak slow dalam aktiviti blogwalking anda kan? Bulan puasa ini semua tahap keletihan dan lepas berbuka kena pergi sembahyang terawih lak , so masa untuk bogwalking agak berkurangan. Kalau tak pergi sembahyang terawih kau tetap juga tak berblogwalkig sebab perut terlebih kekenyangan...hehehehe

Lagi-lagi nak dekat raya ini, lagi banyak kerja terbengkalai yang belum buat lagi.. aktiviti blogwalking pun terbengkalai juga...hehehehhe.

Rumah mak aku 50% dah habis cat tapi rumah aku belum cat lagi. Tapi tahun ini bini aku kata tak perlu cat cuma buat 5'S ajer. So pada hari Sabtu  aku dan wife aku baru  nak kemas rumah.
Boleh tahan jugak ler nak mengemas ini, sesekali buat 5'S betul-betul.  Aku lihat  memang penat  Sabtu ini. Sesawang labah-labah semua nak kena bersihkan, kipas nak kena lap, rumput nak kena potong, simen depan rumah nak kena cuci dengan klorox baru berkilat dan macam-macam lagi ler....

Tapi bukan alasan aku tak berpausa lak, apatah lagi 300 orang sahabat nabi berperang dalam bulan puasa menentang 1000 askar Quarisy  dalam Perang Badar, tetap menang dalam bulan Ramadhan dan hebatnya mereka masih berpuasa.!! Takkan aku yang hanya berpeluh sedikit tak boleh tahan !!!  Aku hanya berperang dengan diri aku sahaja..hehehehehe.

Ahad pula sambung kemas rumah mak aku pula. Inilah nasib jadi anak lelaki tunggal ini..hehehehehe. Mahu tak mahu kena kemas rumah mak aku juga, tapi tak banyak sangat ler sebab separuh aku dah kemas minggu lepas. Cuma yang tinggal nak kena cat bilik air dan cuci simen depan rumah serta lap kerusi dan meja.
Aku tak payah buat pagi-pagi kot, dalam pukul 3.00pm baru aku buat sebab target aku dalam 4 jam siap tu...

Hari Khamis ini pula nak bawa anak-anak pergi bershopping. Persiapan hari raya tahun ini buat keluarga aku memang agak lambat berbanding 2 atau 3 tahun lepas dimana bulan Jun semua persiapan hari raya semua dah siap untuk anak-anak  kecuali tempah baju Melayu ajer.

Kalau beli hari Ahad sure penuh semua shopping center dan jalan jammed. Sebab tu aku rancang nak membeli belah hari Khamis ini... Bijak tak aku...hehehehe

Tahun 2013 ini belum beli apa-apa sebab dalam bulan Jun bini aku tak pergi J-Card..hehehehe.
Biasanya dalam bulan Jun ....Jaya Jusco ada buat J -Card dan memang wife aku membeli belah untuk hari raya sekali.

Aku pun lupa kenapa wife aku tak pergi, tak salah aku tempat kerja beliau ada masalah kot. Lagipun aku memang cukup benggang dengan Jaya Jusco . Kalau buat J-Card mesti hari waktu bekerja iaitu hari  Khamis. Buatlah hari cuti ker!!

Baju Melayu tempah pun pada hari puasa pertama...nasib baik nyonya tu nak. Dia ambil tempahan pun sebab  tahun ini semuanya lambat. Kemas rumah lambat , beli barang lambat segalanya lambat. Mungkin semenjak aku bergelar pelajar sambil bekerja yang menyebabkan time management aku agak tersasar kot.

Ada lagi yang belum beli iaitu air botol, ketupat segera, kuih-muih untuk persiapan hari raya di rumah.  Aku rasa 7.08.2013 (Rabu) baru beli kot. Sebab Isnin dan Selasa aku kerja, nak minta cuti tak boleh pula sebab aku orang Melaka yang bekerja di Melaka.!!

Ramai kawan-kawan Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dah mina cuti awal, kalau aku cuti juga siapa nak jaga production aku.!!!
Oleh yang demikian aku memang tak dapat blogwalking hinggalah hari raya ini.....hehehehehehhe.

Tapi entri tetap aku buat sebab tak susah sangat. Kalau tak ada masa aku cuma copy paste sahaja dari akhbar ..hahahaha. Time aku copy paste barulah nanti Google nak updated PR..menyampah aku.

Dan aku juga ingin jadi orang pertama ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan dan maaf zahir batin.

19 comments:

amani irdina said...

hahahahaha,,..sama la dengan saya...semuanya serba serbi lambat...jahit langsir pon x siap..ada saki baki lagi lum siap langsi...pape pon harar semuanya akn bereh dalam beberapa hari nie....slamt hari raya yer...

Shaiful Zaidi said...

Selamat mengemas rumah..hehehe

wantie said...

rumah kat sini tak banyak yang prepare..maklumlah raya kat kampung....

Ainul Hamid said...

Serupa juga dengan saya, semuanya tunggu saat akhir nak siapkan. Mungkin keghairahan untuk beraya berkurangan kerana kehilangan 3 ahli keluarga di tahun ini. Sedihnya ..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif. hahaha bijaknya shopping esok. hehehe. sheila baru nak shopping kain sabtu ni. waaa semua tak buat apa lagi... apapepun selamat hari raya buat abg hanif sekeluarga. heeeeeeeeee. nak duit raya boleh?

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif. hahaha bijaknya shopping esok. hehehe. sheila baru nak shopping kain sabtu ni. waaa semua tak buat apa lagi... apapepun selamat hari raya buat abg hanif sekeluarga. heeeeeeeeee. nak duit raya boleh?

Sheila Salim said...

Assalamualaikum... sheila baru nak shopping sabtu ni. kesiannya rumah dengan kg sama tempat memang takdapat cuti awal ler. hehehe ;p

Normi Nieza said...

panjang tol entry a.hanif yg nie..hihik

Bin Muhammad said...

Ye lah, baru perasan...Google masih belum update PR lagi...

Selamat menyambut lebaran Tuan. 5s di kilang, 5s dirumah...

Haryati Faizal said...

sy pun tak abis lagi nk beli brg tuk anak2... tak sempat lagi nak bershopping....

Zawiah said...

Selamat Menyambut Lebaran . Mohon Maaf atas segala guarau senda selama berukhwah ... psst , saya x minum air botol ... heheheee

Kathy Rbain said...

kathy tingkap pun belum bersihkan..tunggulah 2,3 hari lagi nak raya..hehehehe..

BUNDA a.k.a KN said...

bunda pun tahun ni serba serbi lambat...langsir ngn kusyen baru nak basuh...biskut satu apa pun tak buat tahun ni...anak2 beli jer..

MaMa Rey said...

selamat hari raya juga Hanif..:)
sibuknya Hanif...
selamat kemas mengemas dan selamat bershoping-shoping..:)

Mieza Jhaa K said...

Selamat hari Raya En.hanif..mmg busy bebenor dekat2 raya ni..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

rajin bro kemas rumah yea. :-)

Sukma Haron said...

memang penat mengemas rumah, saya first day puasa dah kemas rumah, itu pun tak habis....habuk bukan main banyak rasa nak duduk kat bulan jer....hehe
SElamat hari raya......

ayut said...

rangkap last tu bguslah...masa kurang ttp type entry..hihihi..bagus2x...maintain performance :)

Nadia Johari said...

senyap sebab mengemas..hehee..