Gempar: Jerebu Kembali Ke Melaka ( 22.07.2013)

Jerebu Kembali Ke Melaka

Jerebu kembali ke Melaka pada 22.07.2013.. Masalah jerebu ini bermula pada malam tadi. Aku terbau asap tapi ingatkan orang bakar sampah. Rupanya Jerebu kembali mengganas di Melaka pada bulan puasa pula..hehehehe.

Inilah salah satu dugaan kecil pada bulan Ramadhan ini dan berharap semua berjalan dengan tenang dan masalah Jerebu di Melaka cepat selesai.

Buka puasa minum lah air suam dengan banyak dahulu, untuk clearkan tekak yang penuh dengan asap jerebu ini...heheheheh
Jangan teguk air bergas pula, tak pasal-pasal sakit tekak dan menjadikan alasan tidak boleh berpuasa...

Dalam tahun ini 2 kali Melaka alami jerebu tapi kali ini bacaam IPU ialah 100 - 125( bacaan kurang sihat) berbanding bulan lepas IPU hampir 200..!!!

Nak marah pun tak boleh sebab Indonesia kata punca kebakaran ini dari pemilik syarikat Malaysia!!!
Kalau aku marah pun  umpama aku meludah ke langit tapi tekena batang hidung sendiri...hehehehehehe.
Jerebu Kembali Ke Melaka


 

17 comments

risau nak balik melaka raya nie...harap keadaan bernasur pulih spt sedia kala

yeke..jerebu balik ker..nasib baik skg ni ada kt jb..huhu

wah..bahaya macam ni...harap bacaan IPU menurun..

kat port klang pun dah sampai dah..huhuhu..

dari semalam dah bau asap.....

jgn lupa pakai mask a.hanif..:)

salam bro hanif
Di selangor pun dah berjerebu ni. Tapi ptg ni hampir pulih.
Tq sudi melawat ta.

selamat berjerebu. eh silap. jaga kesihatan selamat berpuasa.. moga jerebu cpt2 berlalu :)

tadi pun tengok berita, kerajaan kita tengah siasat pasal syarikat malaysia yg terlibat dalam kes jerebu ni (kalau ada).

so, demi kesihatan pakailah mask kalau keluar rumah, dan kurangkan keluar rumah melainkan utk perkara penting. :D

Salam bro.
Saya masih ingat pada 1977 bila Sarawak terok dilanda jerebu sehingga mencatat bacaan IPU melebehi 700 mata. Pada waktu itulah tersebar berita kononnya beberapa orang pemimpin 'lari' ke luar negeri. Mereka bolehlah 'lari' tapi bagi rakyat marhaen? Wal Allahu alam.

salah satu faktor nya sebab cuaca kering tak hujan.. dan faktor tiupan angin yang kembali ke arah sini. itu yang datang balik jerebu tu

fahz pi melaka 21hb.mmg sangat2 berjerebu.kat nilai pun sama..

kat berita kata angin yg bertiup bawa jerebu tu munkin sampai oktober ... redha jer la klu raya pun jerebu ...

alamak.. jerebu datang balik betui2 ke.. aduii.. ingat kan gurau tadi.. ada gak kawan ckp jerebu mai balik..