Hanif Idrus Belajar Memasak - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Hanif Idrus Belajar Memasak


Hanif Idrus Belajar Memasak
Semalam aku belajar memasak tetapi menggunakan Die Casting Grill Pan yang sedang popular kat tempat mak aku ini.

Mak aku ini beli tahu tapi pakai tak tahu..hehehehehhe.
So semalam kami pergi Tesco dan aku beli daging lembu sikit dan tengkuk ayam nak buat eksperimen memasak guna kuali yang dikatakan tidak perlu menggunakan minyak ini..hahahahhaa.

Hanif Idrus Belajar Memasak
Macam biasa aku nak tunjuk pandai padahal aku tak pandai-pandai pun !!!

Mula-mula letak daging lembu tu tanpa minyak kat kuali tu....alamak hancus tapi memang betul ler kata salesgirl tu ia tak melekat kat kuali..hehehehehe.

Eksperimen pertama gagal....cara kedua aku letakkan mentega di kuali tu sebagai pengganti minyak.

Masukkan lembu tu dalam kuali. Menanti selama 15 minit dan kemudian aku check, aku lihat macam OK ajer ler sebab ada minyak tengah mendidih.

Aku tunggu 10 minit lagi dengan kecilkan api dapur. punyalah lama tunggu. Mak aku pula layan TV depan rumah mungkin takut nak lihat kerosakan yang aku lakukan di dapur..hahahahaha.

Dan hasilnya agak memberansangkan juga tapi ada minyak sikit kat lembu tu. Teknik ini aku gunakan juga pada tengkuk ayam yang aku beli sama daging lembu tadi.

Pepatah orang tua berkata, tak baik makan tengkuk ayam nanti bila bersanding tengkuk pengantin senget. Tapi aku kan dan kahwin so peraturan tu tak related ngan aku. Kecuali kat mak aku ajer ler..sekarang ni dah single..hehehehehe.

Bawah ini adalah hasil masakan aku. Aku harap kau orang jangan jeles atau terliur melihat masakan aku ini. Aku namakan masakan ini "Tengkuk Dan Daging Bersatu Hati".

Kesimpulannya yang aku dan mak aku boleh huraikan ialah, lagi baik pakai kuali biasa ajer masak. Benda-benda macam ini memang tak paham nak pakai..hahahahahha.

Hanif Idrus Belajar Memasak

13 comments:

Sheila Salim said...

assalamualaikum, bape harga kuali ni abg hanif? sheila nak beli satu gak! hehehe. bagus tak kuali ni? cayalah bro skrg masak sudah pandai. terliur sheila tengok daging tu :)

Farah Waheda Wahid said...

chef hanif idrus... he he he...nampak menyelerakan tu...

isam ismail said...

hahha,, pandai masak,, teruskan usaha yg baik ni

Isabel Diaz said...

Hahaha, first time dengar nama masakan macam tu..

wantie said...

pan ni untuk grille je best. tapi kalau masak ikan saya still guna kertas foam tu lapik. kang melekat kulit ikan tu. susuah jugak.

Kathy Rbain said...

hehehe...sedap nampaknye tu bro...berliur jugak tgk nye..hehehe..

Teacher Basariah said...

Betullah tu..guna kuali biasa lagi senang dan pueh hati..hehe

Normi Nieza said...

blhlah mask utk rakan2 blog nnt a.hanif..hihik

Wana Owen said...

janji boleh makan dah cukup alhamdulillah.=)

Anak Pak Muin said...

da siap kan. seranggg!! nyum2

Remy hazza said...

wah...dah ada pemanggang ajaib...... meriah ler mkn.....

hainom OKje said...

Macam sedap jadinya bila mereka bersatu tu Nep hehe..
Berapa harganya?

ayut said...

hehehe...at least dh cube tahu la kan :)