Kaki Wayang: Man Of Steel - Filem Yang Gagal!!

Man Of Steel
Man Of Steel, apa yang dapat aku katakan rankingnya ialah 3/5 sahaja...hehehehhehe.
Secara keseluruhan sebuah cerita yang menarik dan mempunyai kelainan dari cerita Superman yang lain.
Dimana kemunculan Jeneral Zod diadaptasikan begitu menarik sekali. Dan paling dahsyat ialah pertarungan Superman dengan konco-konco Jeneral Zod.

Kenapa aku kasi 3/5 kerana wife aku tertidur dalam 1 jam yang pertama...hehehhehe. Siap berdengkur lagi...emmmmm.
Kenapa tertidur, sebab permulaan 1 jam filem ini amat membosankan dimana ia banyak bercerita tentang flashback Superman yang tak perlu saya huraikan lagi. Sepatutnya flashback sebegini harus disingkatkan kerana satu dunia dah faham bagaimana Superman ini zaman mudanya menghadapi krisis remajanya dan bla..bla..bla....
Memang membosankan sedikit....

Man Of Steel
Kedua ialah pertemuan Superman dengan kapal angkasa bangsanya yang tertanam sehingga beliau dapat menggunakan kiub yang ayah beliau berikan dan membolehkan beliau berkomunikasi dengan ayahnya. Tetapi pertemuan Superman dengan kapal angkasa bangsanya itu terlalu banyak kebetulannya dan malahan beliau boleh mendapat kerja di sana.
Padahal kawasan tersebut adalah kawasan kawalan tentera yang ketat dalam menkaji kapal angkasa tersebut!!
Tak logik!!

Kan lagi senang ikut stail dulu-dulu, campak sahaja  kiub tu dan muncul istana kristal. Baru nampak kesinambungan dan kelogikan filem tersebut. Pengarah cuba membuat kelainan melalui filem ini tapi jika keterlaluan pun ia mendatangkan bosan di kalangan penonton tegar Superman seperti aku ini. Yang dah hafal asal usul Superman ini..hehehehe.

Man Of Steel
yang aku kagum dari segi moralnya dan semua tahu watak Superman ini adalah watak yang sempurna. Tapi malangnya dalam filem ini, Superman telah membunuh Jeneral Zod demi menyelamatkan bangsa manusia. Baguslah sebegitu tapi kenapa harus ditonjolkan Superman membunuh!!!
Saya rasa terdapat pelbagai kaedah lain yang boleh digunakan oleh pengarah untuk menggarap kematian Jeneral Zod.
Tak bagus untuk anak-anak melihat filem ini!!

Man Of Steel
Dari segi aksinya saya kagum tetapi dalam dunia teknologi perfileman, teknik aksi sebegini adalah perkara biasa terutama dalam pembuatan filem Amerika. Jika nak katakan aksi Man Of Steel ini menarik sebenarnya saya pernah melihat teknik CGI yang lagi hebat dari ini seperti Avenger. 4 kali hebat teknik aksi yang digunakan.

Kesimpulannya apa yang dapat saya katakan, bukan mudah seorang pengarah itu membuat sebuah filem yang well known dikenali oleh semua orang. Untuk filem Superman sahaja sudah beratus-ratus filem dikeluarkan. Belum lagi episod TV seperti Smallville yang bertahun-tahun ditayangkan dan sebelum ini terdapat juga episod TV Superman juga.
Pengarah kena membuat kelainan melalui filem ini dalam mengubah persepsi yang baru terhadap Superman kita ini melalui filem Man Of Steel ini.  Malangnya BAGI SAYA ianya tidak semudah yang disangkakan..

Aku kasi 3/5 pun sebab aksi lawan dia dan kostum Jeneral Zod dan Superman yang cantik serta teknologi yang ditonjolkan dalam filem ini.

Share:

17 comments