Kereta Fiat 'berenang' di Miami


Kena beli kereta ini..boleh jalan di jalan raya dan laut..huhuhuhuhu.

Beberapa buah kereta kompak jenama Fiat 500 dilihat memecut laju di perairan Pantai Selatan Miami di sini kelmarin, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Kereta tersebut diubah suai untuk belayar dalam air selain bergerak di jalan raya.
Malah, sebuah kereta kompak itu didapati cuba berlumba dengan sebuah bot di sini.

Kereta-kereta tersebut dipandu oleh beberapa orang model mengelilingi pulau-pulau di sini.
Pemanduan unik itu didapati merupakan sebahagian daripada kempen promosi kereta Fiat 500 di Amerika Syarikat (AS).



 
 

9 comments

beli la senang nanti nak pergi langkawi

boleh balik sabah naik kereta ni..hehehehe..

Wauu dasyat klu mcm ni.. tak risau kalau banjir.. kena beli ni..

Orang Penang island kena beli ni. sebab kalau keta terbabas jatuh laut, boleh je keta tu berenang...

Betul ke tidak ni Nep...hehe
Dahsyatnya teknologi sekarang ni!

fuyooo..... pi langkawi takyah sewa keta dah......he3