Mobile Setting Rendahkan Earning RM

Mobile Setting
Salam satu blogger. Dah lama betul tak buat entri berkenaan blog tips. Hari ini nak cerita tentang mobile setting dalam blog kita terutama pengguna blogspot.

Saya pernah membuat satu entri berkenaan mobile setting tidak relevan buat masa kini disebabkan teknologi yang berkembang iaitu penggunaan smartphone yang lebih besar skrin dan kelajuan line internet.

Dan kerugian paling utama penggunaan mobile setting ini ialah banner iklan anda langsung tidak terkeluar jika pembaca melayari blog anda menggunakan smartphone. Dan tragisnya, pada masa kini 80% ke atas pembaca blog membaca blog hanya menggunakan smartphone.

Sama seperti aku, bila kita membaca blog menggunakan mobile setting, tumpuan hanya di berikan pada penulisan tanpa diganggu oleh widget-widget yang berserabut dan paling penting loading time yang laju!! Inilah kehendak pembaca!!

Tetapi sebagai blogger jika anda menggunakan mobile setting,  tidak guna anda mempunyai CPUV Nuffnang kadangkala hingga 10 iklan tetapi anda lihat earning anda begitu rendah sekali. Tidak seperti 2 atau 3 tahun yang lalu dengan hanya 2 CPUV anda mampu memperolehi earning hingga beratus-ratus ringgit.  Betul tak?

Seperti yang saya katakan tadi pada masa kini 80% ke atas pembaca blog membaca blog hanya menggunakan smartphone!!!!! Lalu bagaimana dengan iklan atau follower anda ?

Saya menjangkakan dalam masa 2 tahun lagi 90% blogger akan updated dan membaca blog melalui smartphone sahaja. Dan sedihnya, pendapatan blogger akan berkurangan lainlah kalau kita dibayar buat sponsor iklan di entri kita..hehehehehe.

Cara pertama dan terbaik ialah blogspot iaitu Google kena ubahsuai mobile settingnya sesuai dengan perkembangan teknologi sekarang ini. Tapi siapa kita nak suruh Google..hehehehehe.

Kedua jangan guna mobile setting dan hanya menunjukkan desktop templates. Tapi sudah pasti pembaca marah kerana loading time menjadi penghalangnya..huhuhuhuhu.

Ketiga cara yang paling mudah dan ini sahaja opsyen yang ada iaitu ubah mobile setting dari default kepada custom.

Seperti gambar di atas, kita klik kepada custom dan nanti penampilan blog anda menjadi seperti dibawah.
Mobile Setting

Dimana iklan anda di bahagian atas akan keluar tetapi ianya nampak macam berserabut sikit ler. Yang penting ia laju dan iklan anda keluar..hehehehehehe.

Kepada rakan-rakan blogger inilah salah satu dilema yang dihadapi oleh blogger. Salah satu pencetus membuat kita terus berblogging ialah jumlah pembaca dan trafik yang baik TETAPI juga RM yang baik...hehehhehee.

By the way, intipati blogging ialah artkel yang baik dan berkualiti!!!!
Wang, Trafik, Iklan, Pembaca, Pagerank atau Alexa akan menjadi lebih baik jika kita maintain penulisan yang berkualiti. Itu kata-kata standard ler....hehehehhehe.

Tags:

Share:

19 comments