Header Ads

Operator Wanita Bercakaran Di Kilang

Minggu lepas adalah minggu yang penuh cabaran di tempat kerja aku kot. Semenjak balik dari training tempoh hari, pelbagai kejadian pelik berlaku. Ini satu lagi cerita, kejadian berlaku waktu pagi jugak ler. Aku tengah lepak kat dalam opis memanaskan kerusi dan dari luar aku lihat Supervisor aku tengah bising kat 2 operator wanita.

Seorang perempuan ini tengah menangis-nangis. So sekali lagi, sebagai seorang yang penyayang dan pengasih aku tanya pada supervisor aku. Apa hal bising-bising dan pada masa yang sama aku tengok kedua-dua operator tersebut.

Pehhh!! kedua-dua muka operator tu calar balar kena cakar. Rupanya baru lepas bergaduh sesama sendiri disebabkan salah faham...hehehehehe.

Mahu tak mahu aku terpaksa hantar kedua-dua operator aku ke Human Resources untuk kaunseling mereka ini.

Aku pernah gak lihat video pelajar Malaysia perempuan bergaduh di tandas tapi Nepal punya gaduh lagi dahsyat hingga kecederaan anggota badan..hahahahhaa.

Aku pun malas nak fikirkan hal sebegini tapi undang-undang dalam kilang jika bergaduh adalah isu yang amat besar!! Itu peraturan!!

Tak kira ler samada perempuan atau lelaki, kalau mulut tu jahat sangat, orang akan jadi tension dan akhirnya bergaduh!!!

Banyak betul dugaan yang aku lihat di bulan puasa ini.

Kedua-dua operator aku ini dari Nepal, salah faham hanya disebabkan loker kasut dan seorang lagi tu agak kasar perwatakan dan bahasanya, itu yang jadi street fighter kat production aku.

Gambar sebelah tu adalah gangster Nepal yang pukul kawan dia tu sampai bercalar-balar..hihihiihi.
  
Esok aku nakpublish entri lawak yag aku kumpul sepanjang bulan ini...6 entri sekaligus..hehehe

16 comments

Normi Nieza said...

masalah kecik jer..huhu

Kisah Si Dairy said...

dasyat mereka nie ye...

michelle De hunny said...

dashyat la ,bercakar-cakaran lagi tu.
tatotttt..

wantie said...

wowowo.. tetiba kilang kamu tu ada rimo. takuttt...

Teacher Basariah said...

seram la pulak..uhuhu..

Kathy Rbain said...

kalah rimau...

Delimasari said...

ganazzzz

Sukma Haron said...

hai..TKR dah amik Nepal...bikin gempak jer dorang nih...poning kepalo...ehhh

Haryati Faizal said...

kes rebut boyfren kot... kira en.anip ni org besar jugak le ye kat kilang ni...hihi

Raudzah Z said...

Wau boleh tahan ganazz dia orang ni ya...deshum-deshum...

itu Akhil said...

cantik je calar dia..
ni mesti guna teknik gwiyomi..hahah!!

MaMa Rey said...

uishh..dasyatnya..sampai begitu sekali...

Hootoh Tudia said...

Kaum hawa kalau bergaduh, tersangat la ganas..

ayut said...

wlupun kecik,bila staf dh ari2x ngadap mmg blh jd isu besar...jiwa panas jer..tu smpi bercakar tu..hihihi

QasehnyaRania said...

macam2 .
kan dah calar balar muka tu ;)

selamat hari raya bro
maaf zahir batin :)

Anonymous said...

ade video x....nk tgk