Header Ads

Prince William And Kate Middleton Baby Boy

George Alexander Louis
Wah!! Tajuk bahasa inggeris..hehehehehe. Ini strategi aku untuk keyword worldwide sekarang ini. Mana tahu ada pembaca global yang mencari enjin carian keyword popular sekarang ini.

Walau pun agak terlambat tapi berita sensasi ini pasti berpanjangan 2 atau 3 minggu ini.
Tahniah buat Putera William And  Kate Middleton dapat baby boy......

Pewaris takhta diraja Britain, Putera William dan isterinya, Kate Middleton menamakan bayi lelaki mereka George Alexander Louis, gabungan tiga nama tradisional diraja, kata pejabat William kelmarin.


George Alexander LouisIstana Kensington dalam satu kenyataan berkata, bayi yang merupakan pewaris ketiga takhta diraja Britain itu akan digelar Prince George of Cambridge.

Sejumlah penerima taruhan sebelum ini pernah menjangkakan tiga nama tersebut digunakan dan pengumuman itu dikatakan agak cepat.

Pengumuman nama pewaris pertama takhta Britain, Putera Charles yang juga bapa William mengambil masa sebulan dan seminggu untuk William.
George pernah menjadi nama enam pemerintah Britain terdahulu.

Nama tersebut digunakan oleh bapa Ratu Elizabeth II, Raja George VI yang memerintah dari tahun 1936 hingga 1952.

Alexander atau digelar Alexandra bagi wanita merupakan gelaran untuk permaisuri. Ia juga merupakan nama permaisuri Raja Edward VII pada permulaan abad lalu.
Louis pula salah satu nama William.

Putera George yang juga anak sulung pasangan diraja itu dilahirkan pada Isnin lalu di Hospital St. Mary, Paddington, barat London.
William dan Kate yang kedua-duanya berusia 31 tahun kelmarin meluangkan masa di kediaman ibu bapa Kate di Bucklebury, selatan England.
George Alexander Louis


10 comments

Kathy Rbain said...

tahniah...

BUNDA a.k.a KN said...

Tahniah buat keluarga kerabat diraja ini...

C.T.K said...

smoga besar nti kacak cm ayah dia jugak..ehehe...

Zira Aziz said...

..bgs diorg ni.. xde la sorok baby mcm artis2 Holywood tu..hehe ..

Zawiah said...

mereka insan terpilih yg dilahirkan dlm keluarga diraja ...

Zawiah said...

mereka insan terpilih yg dilahirkan dlm keluarga diraja ...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Tahniah.... :-)

Nik Muhammad Jameel said...

hahaha, pandai abg cari kesempatan ^-^

Isabel Diaz said...

Untungnya.. Baby boy lagi tu..

ayut said...

tahniah buat mereka...ke kena tulis congratulations ek? ;p