Tayar Kereta Di Curi!! - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Tayar Kereta Di Curi!!

Tayar Kereta Di Curi!!
Salam satu blogger. Kisah ini sebenarnya berlaku pada hari Selasa yang lalu ( 17.07.2013). Semasa aku masuk kerja pagi-pagi, aku punya technician kerja malam beritahu bahawa hari ini tak dapat join morning meeting sebab nak balik awal.

Aku tanya kenapa nak balik awal sambil buat marah-marah. Dia kata kempat-empat tayar kereta dan sport rim dia kena curi malam tadi. Aku terkejut!!!

Sebagai seorang ketua yang baik hati serta penyayang..hhehehehe. Aku ajak dia pergi melihat kereta dia. Dalam perjalanan ke kereta beliau, aku jumpa HR dan boss besar aku, aku ajak sekali tengok beramai-ramai.
Alamak!!! dah togel semua tayar kereta dia. Lihat lah gambar di atas dan dibawah!!

Tayar Kereta Di Curi!!

Tayar Kereta Di Curi!!

Tayar Kereta Di Curi!!

Beliau kata malam tadi dah buat report polis dan polis dah datang ambil gambar serta handjack yang ditinggalkan oleh pencuri tersebut.

Malahan batu-bata itu pun dia yang letakkan!!! Malam tadi kereta dia semua kat tanah tanpa batu bata menyokong keretanya.

Tapi yang aku respek, beliau masih boleh peace lagi masa aku nak ambil gambar tadi..hahahahaha.
Kalau kita melalak pun bukan boleh apa pun kan, benda dah hilang...kan..

Yang penting sekarang macam mana nak cari tayar spare ini..hehehehe
Tadi tayar spare aku pun kena kasi pinjam kat technician aku  ini..hahahahaha.
Walau apa pun . semuanya selamat dan aku berharap pencuri tu cepat ditangkap!!

16 comments:

ina said...

dasyatnya..smpai mcm tu skali kena curi tayar..

Terbelog said...

Mmg sempoi la dia.
Dah nak raya ni..
Banyak nak pakai duit ni..boleh senyum lagi

Entry Terkini : Lagi Kes Menghina islam di Bulan Puasa

Bin Muhammad said...

Adoi..kerete tu raya sakan lah, dapat rim dan tayar baru...
Respect kat brader tu...cool jer, nak marah2 pun xguna, redha ajelah...

Noor Atikah Ramli said...

haishhh..macam2 la kan skrg . tak kesian kat org lgsg pencuri tu .

plain83 said...

sempoi arr brader tech. siap bleh peace lg, heheh... sadis btoi songlap smua tayar... emmm dugaan di bulan posa...

Shaiful Zaidi said...

kesiannya kat dia..

Haryati Faizal said...

ish..ish...ishh... kesiannye... sapelah yg gatal tangan pi curik tu...

Haryati Faizal said...

ish..ish...ishh... kesiannye... sapelah yg gatal tangan pi curik tu...

Haryati Faizal said...

kesiannye...sapela yg gatai tgn pi curik ye....

Teacher Basariah said...

Dugaan...

amir rofie said...

Dugaan dibulan puasa. Ada satu cara macam mana nak elakkan kecurian tayar seperti ini adalah dengan menggunakan lock nut. Bunga dia special skit. Tapi sebenarnya cara ini hanya untuk melambatkan sahaja proses mencuri tu. Walaupun guna lock nut, dan pencuri tada nut special tu memang kena curi jugak akhirnya.

Sukma Haron said...

dulu pun ada dengar kes macam nie semasa saya kerja kat sana, selalunya yang kena budak shift malam...tu pasal tak berani pakai rim mahal....sapa punya keje nie.....

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Kasihan kat dia kan. Nanti kena ajar dia,sebelum tinggal kereta baca doa dulu. cuba amalkan baca doa Sahabat NabiS.A.W doa daripada Abu Darda R.A. ang Nabi S.A.W ajarkan kepada beliau.

Kathy Rbain said...

kesiannya..sape la punya keje tu..

baby comel said...

teruk nya manusia yg wat kerja camtu. bulan2 pose ni buat keje lagu tu. ish, mohon beliau bersabar.

Ann Ishak said...

kalau saya, dah tentu menangis tak tentu hala ni