Bila Polis Mula Menembak.. - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Bila Polis Mula Menembak..

Aku memang dah jangka perkara ini pasti akan berlaku. Tempoh hari aku tengok berita polis menembak  5 penjenayah setelah berlaku tembak menembak.

Dan hati kecil aku berkata, pasti polis akan dipersalahkan dalam hal ini. Dan hari ini, apabila aku lihat NTV7 pukul 7.00pm telah menjawab persoalan aku ini. Memang polis dipersalahkan dalam hal ini...

Sedih aku lihat perkara ini. Polis bukannya menembak sesuka hati tetapi melindungi diri mereka!!! Takkan tak mahu menembak kalau kau ditembak, apatah lagi mereka penjenayah berat yang mempunyai senjata api.

Sebelum itu, kecoh diperkatakan kes tembak menembak yang berlaku di Malaysia. Polis juga dipersoalkan kenapa lambat ambil tindakan. Dan apabila ambil tindakan mereka juga dipersoalkan.

Aku harap hal ini jangan dipolitikkan... Hormati pasukan keselamatan kita yang bergadai nyawa melindungi orang awam agar orang macam kita ini tak takut keluar dari rumah. 

Sepatutnya ucapan terima kasih di ucapkan pada pihak polis kerana telah meyelesaikan masalah jenayah berat ini. Orang Pulau Pinang sepatutnya menarik nafas lega akhirnya tumpas juga penjenayah berat ini.

Sekarang ini pihak polis tengah membuat operasi check kereta yang simpan senjata. Ini pun tak lama pun kecoh juga ler... Salahkan polis juga..

Aku nak tanya sebelum kecoh benda ini, apa logiknya anda simpan cota, parang atau apa jua berbentuk senjata di kenderaan anda kecuali "lock kereta" dibenarkan.

Adakah negara kita ini tidak aman sehingga anda perlu simpan senjata-senjata sebegini? Atau orang yang menyimpan senjata sebegini  selayaknya kita panggil gangster? 

Untuk aku orang yang berpendidikan atau berakal takkan simpan cota atau parang dikereta.

Maaf jika agak emosional dalam entri ini. Aku marah lihat perilaku sebegini dibuat kepada pihak polis. Mereka bergadai nyawa untuk kau orang semua, sedap-sedap kau ungkit isu S.O.P ler dan macam-macam lagi......

Walau bagaimana pun aku tetap yakin kita perlukan pemantauan, bukan sahaja polis tapi semua penguatkuasa agar mereka tidak meyalahgunakan kuasa yang ada.

Namun kita harus bijak dalam berebut-rebut menjadi hero rakyat hingga menjatuhkan mereka atas dasar tersembunyi.

WE NEED EACH OTHERS

Sinopsis Dari Kosmo
Risikan tepat polis ke atas lima ahli kongsi gelap bergelar Si Lian atau Geng 04 yang terlibat dalam beberapa kes jenayah berat termasuk membunuh dan dadah berakhir dengan adegan berbalas tembak yang menyaksikan kesemua penjenayah tersebut mati.

Kejadian pada pukul 4.30 pagi itu berlaku apabila sepasukan polis daripada Bahagian Jenayah Berat, Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Bukit Aman dan Kedah menyerbu sebuah unit apartmen mewah 15 tingkat di Jalan Pantai Jerejak dekat Sungai Nibong.

Mayat J. Gobinath, 31, R. Ramesh, 27, A. Vinut, 23, M. Suresh, 25, dan M. Gobinath, 21, ditemui di dalam tiga buah bilik di premis yang terletak di tingkat 13 apartmen tersebut.

Selain mayat mereka, polis turut menemui tiga pucuk pistol jenis Norinco, Walther PPK dan Revolver .38 bersama beberapa butir peluru dan 15 buah telefon bimbit di unit itu.

10 comments:

Ibu Amirul said...

marah sangat En Hanif kita ni....

Normi Nieza said...

smua nak dpolitikkan..huhu

Sheila Salim said...

Assalamualaikum abg hanif. sheila pun bengang bila keluarga penjenayah kecoh2 pasal SOP. walhal anak depa tu penjenayah kot :(

Farah Waheda Wahid said...

sekarang ni semuannya main tembak menembak...hu hu hu...scary...

Kathy Rbain said...

ramai snipper tak bertauliah di malaysia ni sekarang...

Sukma Haron said...

tu yang malas aku nak layan dorang nie...bila polis buat keje ada jer yang bangkang....

Zawiah said...

cian polis . dah la gaji x banyak mana , susah dpt cuti , jenayah makin menjadi - jadi , pertahankan diri pun kena marah ... emmm

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Kenapa la polis nak disalah kan pula.
Dah memang tugas mereka.
saya sokong polis ambil tindakan macam tu.

Raudzah Z said...

Polis tak perlu bimbang kalau ada bukti..semua orang berhak bersuarakan tapi kalau dah confirm-confirm yang ditembak tu jahat, tak da problem punya..yang pasti polis kena tau apa yang dia orang lakukan..

Mieza Jhaa K said...

kalau dah jahat baik tembak sajakan..