Header Ads

Isu Tembak-Menembak Di Malaysia

Isu Tembak-Menembak Di Malaysia
Salam Satu Malaysia. Isu panas di Malaysia terkini ialah tembak menembak jalanan yang berleluasa kini.

Seolah-olah Malaysia kini menjadi Wild Wild West atau pekan koboi dimana tembak menembak seolah-olah satu perkara biasa semenjak-menjak ini...hehehhehe.

Dahulu sering juga kita melihat pertelingkahan berlaku tetapi bertumbuk tangan atau paling dahsyat sekalipun pakai parang atau pedang samurai.Tahniah kepada Malaysia kerana kita setapak maju dalam jenayah....hehehehehe.
Isu Tembak-Menembak Di Malaysia
Baru-baru ini kes samun kereta pacuan empat roda di Dungun seorang lelaki di tembak akibat menghalang dan bergelut dengan si penyamun. Penyamun kereta  pun ada sekarang dah pakai pistol, kalau rompak bank pakai pistol OK jugak...

Zaman berubah dan jenayah pun makin advance. Aku harap jenayah tembak menembak ini akan dapat diatasi secepat yang mungkin.

Lambakan senjata api di Malaysia seharusnya dicegah seawal yang mungkin. Dari perbincangan kedai kopi dengan rakan-rakan, mereka mengatakan lambakan senjata api ini datang dari Thailand.
Persoalan sekarang bagaimanakah cara kita ingin mengekang kemasukan senjata api dari Thailand.
Isu Tembak-Menembak Di Malaysia
Masalah ini biarlah kita serahkan pada pihak berkuasa uruskan tapi kalau boleh biarlah secepat yang mungkin sebelum lebih banyak nyawa manusia yang tidak berdosa terkorban.

Menurut pendapat kawan aku, kalau bab tembak menembak ini biasanya penyamun-penyamun tegar yang merompak ratusan ribu  ringgit  atau pertelingkahan kongsi gelap atau dadah sahaja yang gunakan cara sedemikian.

Kalau setakat penyamun biasa ini, takkan ler nak guna senjata api buat apa!! Tak balik modal...hehehehehe. Gerak hati aku pun rasa begitu, mesti ada sesuatu yang menyebabkan secara tiba-tiba gejala tembak menembak meningkat mendadak...
Samada pertelingkahan rebut kawasan ker..atau pertelingkahan dalaman taiko-taiko gangster  ini.


Tembak menembak ini bukannya macam buang baby ikut musim...hehehehe.
Sekali lagi biarlah pihak berkuasa yang uruskan....

 

17 comments

Normi Nieza said...

dah mcm main tembak2 jer..huhu

Zira Aziz said...

a ah kn..blh kata hampir hari2 dgr org kne tembak..takut plak rs..msia ni mcm dh x slmt..

Raudzah Z said...

Agaknya ini salah satu transformasi negara kita kot..yang lain susah sikit..yang ni macam senang aje..mendadak lagi..harap-harap pihak berkuasa couls think of a better solution..kalau tak nanti malaysia jadi pekan koboi..

wantie said...

saya pun rasa begitu.

Farah Waheda Wahid said...

masyarakat tengah cuba meng-US dan meng-UK kan Malaysia ni bang, btw tak cukup dengan tembak menembak...campur sekali dengan bom mengebom pulak dah sekarang ni... senang2 jer nyawa nak melayang sekarang ni...scary betul dengan keadaan macam ni...

supplier bahan senjata api tu yang patut dicari, sebab bukankah bahan terkawal?

Qashmere said...

Mana diorang dapat PISTOL????????

Qashmere said...

Mana diorang dapat PISTOL????????

Mia Kassim said...

Semakin rasa tak selamat nak keluar rumah kan...huhu

Kisah Si Dairy said...

semakin ngeri tengok keadaan malaysia yang sekarang ni tidak terkawal menggunakan senjata...

Maria Firdz said...

Agak2 ni kesan counter strike game yg popar dulu tu kot.. Dh jadi realiti dh.. Seram...

Bin Muhammad said...

Kita sedari kecil sudah bermain tembak2...pelbagai jenis pistol mainan ada. Dari bunga api diolah menjadi mercun.
Dulu tidak nampak kesannya, kini segalanya sudah terlihat! Dari kisah di tv dan wayang, kini menjadi realiti.
Apa yg kita harus lakukan... Mengharap hero2 seperti robokop, superman, spiderman dan sebagainya?
Hmmm...duduk dalam rumah berpagar besi dan bermangga sebesar gajah pun belum tentu selamat.
Hanya berdoa dan yakin, hiduplah dengan amal dan berbuat baik...semoga Allah melindungi kita.

Sukma Haron said...

sekarang kat rumah pun dah tak selamat....sana sini kes tembak menembak....

Kathy Rbain said...

dah macam zaman koboi pulak..takut juga keluar rumah mana tau ada peluru sesat...

hainom OKje said...

Betullah Nep. ..semakin menjadi jadi pulak bunuh membunuh ni...dah mcm cowboy pulak!

baby comel said...

KPN kata jangan jadikan polis kambing hitM dlm isu tembak2 ni.. tapi mana penghujungnya kan

Che Rosliza Che Mat said...

Dah jadi cam trend pulak isu tembak menembak nie...risau pulak...

ayut said...

payah nak ckp bnda ni...ni la msalah klu undang-undang makin dilonggarkan..ingtkan makin blh berdikari tp rupanya makin bermasalah...asik nak menembak je keje yer...hihihi