Kak Ros Kilauan Emas 3 Berlakon - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kak Ros Kilauan Emas 3 Berlakon

Kak Ros Kilauan Emas 3

Tak sangka aku Kak Ros dari Kilauan Emas 3 berlakon. Aku agak lambat menonton filem terbitan Astro ini. Aku tonton semalam (Jumaat) diulang tayang kembali.

Walau pun Kak Ros ini baru nak berjinak-jinak dengan lakonan tapi ianya memang mantap pada pandangan aku.

Semenjak Kak Ros ini keluar dari Kilauan Emas 3, rezekinya memang melimpah ruah. Tempoh hari dia dipanggil dalam rancangan Astro Primadona. Dan kini berlakon pula.

Kak Ros Kilauan Emas 3
Walau pun dah tua namun rezekinya tetap ada. Inilah kuasa Allah, walau pun dah tua kalau Dia kata hari ini rezeki kau, maka dapatlah kau. Betul tak?

Kita sebagai insan didunia ini harus sentiasa berusaha dan berdoa. Bagi aku inilah contoh terbaik untuk kita. Rezeki dan harapan tetap ada jika terus berusaha...

Bukan hak kita nak mempertikaikan Kak Ros ini dah tua tapi sibuk nak menyanyi dan berlakon tapi kita harus ambil iktibar dari usahanya.

Sinopsis
Besan Besanku Gangster mengisahkan Hana yang mengambil keputusan untuk membawa Hairi dan ibu bapanya pulang beraya ke kampung Hana pada tahun ini.

Tetapi apa yang terjadi sebaliknya apabila ibu bapa Hana berjumpa ibu bapa Hairi terjadi la pertengkaran yang disebabkan kisah mereka semasa zaman muda dahulu. Mak Jah , ibu Hana dan Puan Saleha ibu Hairi melancarkan perang kerana mahu mempertahankan suami masing masing .

Sebelum menjelangnya Hari Raya , pelbagai hal berlaku sehingga memeningkan kepala Hairi dan Hana. Dalam keadaan yang tegang itu , Ramli telah mengambil peluang ini untuk melaga lagakan Mak Jah dan Puan Saleha .

Akhir terjadi satu insiden di mana suami mereka Pak Halim dan En Zaini telah pergi memancing di laut. Apa yang akan terjadi di akhir peristiwa kedua-dua keluarga ini? Tarikh siaran: Isnin, 12 Ogos 2013, 10.00 pagi
Pelakon: Kak Ros, Rosnah Mat Aris, Fida, Zalif Sidek

Diambil sinopsis : http://anizyn.blogspot.com/2013/07/sinopsis-besan-besanku-gangster-program.html


13 comments:

Che Rosliza Che Mat said...

belum tgk...

Normi Nieza said...

tgk separuh jln jer citer nie..:)

Normi Nieza said...

tgk separuh jln jer citer nie..:)

Kathy Rbain said...

hebat..

ayut said...

kak ros ni ayut kenal....hahaha..msa dlm kilauan emas tu dia suka kenakan juri yg lelaki tu sape nama tak ingt..klakar ok kak ros ni :D ayut tak tgk pulak lakonan dia...

Cikgu Fikri said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan batin..Sorry lama tak dtg blog ni.. Wah, cam best jerk citer besan-besanku gangster tu..kak ros pun ada..huhu

Raudzah Z said...

Oh..really kita dah miss this one..best jugak tengok keletah kak ros tu..selamba je..tapi betulkan Hanif kalau itulah rezeki dia..tak siapa dapat mengahalangkan..tak kira berapa usia sekalipun..

Mar Haini Abdul Rahim said...

haha lucu plak bl tgk tajuk drama tu. besan pn bole gangster. mst cte lawak.

selamat hari raya bro hanif. maaf br dpt bw hee :D

Zawiah said...

tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia , Allah jer yg tahu ...

Yuyu Zaza said...

Blogwalking di sini, jom singgah ke http://www.budakblogspot.com/

Budak Blogspot memberikan panduan dan tips blog dalam bahasa Melayu kepada blogger Malaysia untuk menghasilkan blog yang berkualiti, mesra SEO dan trafik tinggi. Budak Blogspot juga menerapkan pendekatan SEO, Google PageRank serta Alexa Rank yang baik.

Hazmin Hamudin said...

Memang ada tengok hari tu. Slumber je dia berlakon.

tenku butang said...

alamak.. bila ni? x sempat nengok punn

Sukma Haron said...

tgk tak habis citer nie....nampak macam best tapi berebut dgn anak nak tgk channel lain......