Header Ads

Kaki Wayang: Mortal Instruments City Of Bones

Mortal Instruments City Of Bones
Salam Satu Blogger. Semalam aku menonton wayang Mortal Instruments City Of Bones bersama anak perempuan aku. Sajer jer ..upah tengok wayang sebab teman aku pergi jalan-jalan open house ke rumah kawan-kawan aku semalam..hehehehehe.

Pergi panggung wayang, ingatkan nak tengok R.I.P.D tapi lewat sangat lalu kami tengok Mortal Instruments City Of Bones.  Rating untuk filem ini aku kasi 2/5 sahaja....!!!

Filem yang membosankan dari jalan cerita dan aksinya. Filem ini seolah-olah cuba meniru filem-filem remaja yang pecah panggung seperti Twilight. Tapi nampaknya ia tidak membuahkan hasil yang baik..

Mortal Instruments City Of Bones
Mortal Instruments City Of Bones  mengisahkan seorang gadis yang berketurunan "Shadow Hunter" telah dilarikan oleh maknya yang telah mencuri "Piala Manusia".

Piala Manusia adalah cawan jika diminum akan memberi kekuatan luar biasa dan menukarkan mereka menjadi "Shadow Hunter". Dimana tugas mereka ialah mengimbangi alam ini dengan memerangi syaitan yang cuba membunuh dan menyesatkan manusia.

Semua pihak cuba mencari gadis ini dan ibunya dimana mereka letakkan "Piala Manusia" ini. Pada masa yang sama gadis ini juga dibantu oleh hero ShadowHunter yang agak hensem jugak...hehehehe.

Oleh itu berlakulah siri perlawanan merebut "Piala Manusia" ini melibatkan juga puntianak dan juga serigala jadian serta syaitan. Yang ingin menyalahgunakan "Piala Manusia" ini/

Mortal Instruments City Of Bones Dengar cerita ini macam best kan..tapi olahan pergaduhan dan emosi memang teruk. Paling best pun adegan bercium hero dan heroin.

Dan paling aku terkejut ialah ada lagu cinta semasa hero dan heroin ini bermain perasaan..hehehehhe. Macam filem tamil ajer....ahaks..

Terpaksa aku tutup mata anak perempuan aku lihat adegan bercium yang agak lama ini...hehehehe.
Sebiji nak tiru macam Twilight tapi out of spec...

Tapi setiap pandangan orang adalah berbeza, mungkin aku tengok tak best sebab berdasarkan umur aku kot tak sesuai nak tengok cerita cinta remaja berkuasa ajaib ini.

Pada pandangan aku dari tengok Mortal Instruments City Of Bones lebih baik kita tengok "Adnan Sempit 3" dari filem ini..

 

6 comments

Normi Nieza said...

moral of the story..jgn bawa anak klu tgk citer omputih..hihik

Isabel Diaz said...

Macam best jer cerita nie..

KorN said...

Ehem abang Hanif. lam korn tak komen sini.. Korn ari tu pun da tgk cter ni.. Overall citer ni bagi korn best.. Sbb mcm unexpected for the next scene.. Jadi kalu bab cium tu, tak kesah lah, sbb tak byk pun aksi tu.. cuma ade sikit lah, kira menyerikan lagi cter. gituu... tp overall citer tu bagi aku boleh bagi 4/5.. Maybe betul jugak lah kot bab kata abg hanif, perubahan usia.. hahaha... Btw, this is my opinion..

Kathy Rbain said...

hehehe...dah lama tak nonton wayang...

Azlan Strider said...

uiks..macam tu punya tak best ker??aritu ade gak member ajak tengok citer nie..sib baik aku tak ikut..hehehe

Regards,
-Strider-

Mia Kassim said...

Kadang2 filem omputih sekarang ni semakin melalut dan sangat X sesuai ditonton oleh anak2....huhu