Header Ads

Kisah Bas Terjatuh Gaung Di Genting

Kisah Bas Terjatuh Gaung Di Genting
Kejadian kemalangan paling teruk pada tahun ini 2013 semalam berlaku di Genting Highland. Dimana bas yang membawa 53 penumpang telah jatuh dari gaung.

Tadi aku sempat berbual dengan rakan aku yang bekerja di SPAD ( Suruhanjaya  Pengangkutan Awam Darat) yang terlibat secara langsung dengan kejadian ini.

Apa yang disiarkan oleh akhbar adalah benar apa yang dikatakan oleh beliau. Cuma angka terkini kematian yang terbunuh menurut beliau hingga kini ialah 39 orang dari 53 penumpang yang membawa lebih dari 60% terbunuh.

Aku rasa semua sudah tahu punca kemalangan tersebut iaitu brake tidak berfungsi dan menyebabkan bas jatuh ke gaung.

Siasatan masih dijalankan oleh beberapa agensi dan SPAD akan menerajui  sebuah jawatankuasa untuk menyiasat punca masalah ini atas arahan Timbalan Perdana Menteri kita. Tadi pun disiarkan oleh TV3.

Menurut rakan aku, punca kematian ini kebanyakan penumpang adalah kerana ramai dari mereka terpelanting  dari bas. Menurut beliau semasa bas itu terjatuh ke gaung sedalam 60 meter , bas telah terhentak sebatang pokok yang besar.

Akibat momentum hentakan bas dengan pokok besar tersebut, ramai penumpang terpelanting keluar dari bas dan ramai telahjatuh ke gaung. Itu salah satu punca yang menyumbang jumlah mangsa kematian dalam kemalangan ini.

Kisah Bas Terjatuh Gaung Di Genting
Melihat jumlah kematian yang tinggi ini aku sedih dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga terbabit. Aku berharap dari kemalangan ini, kita dapat mengukuhkan pengawalan  ke atas semua pengangkutan awam di negara ini.

Sebelum kejadian ini berlaku, rakan aku yang bekerja di SPAD, ada memberitahu mereka ada membuat perancangan untuk memperketatkan kawalan ke atas  pengangkutan awam dengan menambahbaikan sebelum pengeluaran permit.

Pihak  pengangkutan awam  harus memastikan pemandu dan kenderaan mereka dalam keadaan baik.  Lebih kurang macam tu ler…tapi bagaimana caranya aku tak tanya lebih lanjut.
Bila dah berlaku kejadian ini, baru aku terhegeh-hegeh nak ambil tahu..hehehehhe. Inilah sikap pesimis rakyat Malaysia kan… macam aku ni…huhuhuu.

Sekarang kita hanya bergantung pada PUSPAKOM sahaja tapi aku lihat belum cukup mantap lagi.

Menurut rakan aku lagi, Ianya dalam proses perbincangan dan setelah kejadian ini aku rasa pelaksanaan ini mungkin akan dipercepatkan.

SPAD adalah sebuah organisasi yang baru ditubuhkan dan dalam proses memantapkan tanggungjawabnya secara beransur-ansur.  Malangnya buat SPAD,  apabila berlaku kejadian ini . Mahu tak mahu terpaksa memikul tanggungjawab ini.

Aku berharap penubuhan jawatankuasa ini, kita akan dapat satu penyelesaian dalam mengukuhkan kawalan pengangkutan awam ini.

Tempoh hari aku ada baca juga tentang perancangan kerajaan  mahukan semua pemilik bas sekolah kenderaan mereka yang berumur lebih 25 tahun menukar bas yang baru. Tapi mendapat tentangan dari pemilik bas sekolah. Ini pun satu hal juga, tunggulah bila bas sekolah tua terlibat dalam kemalangan.


Aku mendapat satu pengajaran dari kejadian ini iaitu kita sering menyalahkan agensi kerajaan apabila berlaku sesuatu kemalangan. Tetapi apabila kita dekat dengan mereka yang bekerja di agensi kerajaan seperti SPAD ini, aku lihat attention mereka begitu  serius dalam kejadian ini.

10 comments

Asmar Arafad said...

Bahaya kan guna kenderaan yg lama

Sukma Haron said...

kebanyakannya patut disalahkan kepada pengusaha bas yang lebih mengejar keuntungan dari khidmat sosial, tangga gaji yang kurang, servis bas yang asal boleh, sparepart yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan....

Haryati Faizal said...

takziah pd keluarga mereka semua....

Kathy Rbain said...

takziah buat mereka yang terkorban..al fatihah :'(

Hootoh Tudia said...

Al fatihah semoga roh mereka yang terkorban mendapat tempat sewajarnya. Takziah kepada saudara dan keluarga mangsa, semoga tabah dan redha dengan ketentuan ini.

Isabel Diaz said...

Kesian pulak kat SPAD. Tak pasal2 kena. Padahal salah orang lain.

Yumida Huda said...

salam takziah buat keluarga yg terkorban
al fatihah
bila baca kes bas yg kemalangan sebegini..mendatangkan trauma nak naik bas...tp bila tiada pilihan..kena naik jugak..huhu
moga semua mengambil iktibar..sentiasa check keselamatan kenderaan masing2

Nur Fahz said...

Ajal maut ditangan ALLAH SWT.Takziah buat keluarga yang terbabit..

Maisarah Azmi said...

terkejut bila tengok angka kematian yg tinggi..takziah kepada keluarga mangsa

Abe Kie said...

bila dah kena baru la kerajaan sibuk nak buat laporan siasatan diraja dsb...