Musim Rambutan Sudah Bermula - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Musim Rambutan Sudah Bermula

Musim Rambutan
Salam satu blogger. Musim rambutan sudah bermula...
Hari ini aku membawa balik beberapa gugusan rambutan ke rumah mak aku. Pokok rambutan ini semuanya dari rumah mak mentua aku.

Musim Rambutan
Biasalah rumah taman mana ada pokok buah-buahan ini. Itu yang bestnya tinggal di kampung. Kalau terasa nak makan rambutan, petik ajer kat pokok..hehehehehe.

Selain itu pokok durian juga ada 4 pokok, pokok ciku, mata kucing dan juga tidak dilupakan pokok kelapa..hehehehehe.

Siapa kata orang kampung ini tak kaya. Kalau tak kaya takkan ada banyak pokok buah-buahan. Bila ada pokok buah-buahan bermakna mereka ada tanah yang besar.

Berbanding kita yang tinggal di bandar-bandar, walau pun kau ada rumah beratus ribu, tanah kau tak sebesar tanah orang kampung!!!

Menambah perit lagi, persekitaran dikampung dijamin bersih berbanding dibandar sesak dengan pencemaran udara dan bunyi bising kereta lalu lalang di depan rumah. Macam rumah mak aku sekarang ini..hahahaha.

Aku kalau lepak rumah mak mentua aku. Aku memang manusia paling malas. Tidur ajer sepanjang hari..kalau tak tidur aku makan, kalau tak tidur dan  makan ,aku layan DVD.
Sampai anak aku kata, "Abah ni asik tidur ajerrrr!!"

Bayangkan kemalasan menantu lelaki dia, sampai dia orang ingat aku tak reti kopek kulit durian..ahaks..
Bestnya tinggal di kampung. Tapi aku dari kecik tinggal di taman memang tak tahan kalau lama-lama lepak kat kampung....kekekeke.

Musim Rambutan

12 comments:

Ambo Akhil said...

paling best klau dpt mkn rambutan tu atas pokok rambutan..hehe

Bin Muhammad said...

Di kampung, rambutan mula berputik tapi ada juga yg dah mula menguning. Pelam pun menjadi...lebat sungguh, sebulan lagi raya pelam dan rambutan le... Durian pula mula luruh!

hafiz hafizol said...

sedapnya rambutan , durian, kelapa, manggis, hehehehe.... tapi rumah kita x masak lagi bro acano tu.. hihiihihiii

Hootoh Tudia said...

Kampung memang seronok. Tetiba rasa terharu pulak. Selamat Hari raya bro Hanif

Nour Adieb said...

memang best tinggl d kg. xda la nak dgr bunyi hon, jln x sesak, bnyk pokok buah

Mieza Jhaa K said...

manggis ayah saya pun dah berbuah lebat..

Baiyah said...

Itu bestnye duk kat kmpung..:)

Che Rosliza Che Mat said...

tiba-tiba...rindu rambutan arwah mak huhuhu

Kathy Rbain said...

baru jer semalam menjolok buah rambutan kat rumah abang ipar...

ayut said...

eh..haahla..ayut bace entry ni trus trasa nk g blkg umah tgk rambautan..huhuhu..nak g tgk la rambutan kat blkg umah nnt ^^

Raudzah Z said...

Bestkan orang ada kamapung yang ada dusun...kita ni terpaksa beli ajelah...

Rahmat Hidayat said...

salam ketupat pa ci,.. hehhe.. maaf baru sempat singgh,.. minal aidzin walfaidzin mohon maaf lahir dan batin,.. yee